TOTAL LOCKDOWN 1 JUN 2021 HINGGA 14 JUN 2021 DIUMUMKAN PERDANA MENTERI

TOTAL LOCKDOWN 1 JUN 2021 HINGGA 14 JUN 2021 DIUMUMKAN PERDANA MENTERI


28 Mei 2021,  sebanyak 8290 kes positif covid19 dilaporkan  Ia adalah kes positif harian yang tertinggi. Sungguh merisaukan bila angka ini kian meningkat. Tiada tanda ianya akan menurun. 


Jika dulu melihat dua angka sahaja sudah membuatkan kita resah. Kini, dengan 4 angka seakan sudah biasa bagi sesetengah individu. 




Lama Cik Rose tidak mengikuti bilangan kes positif dan nombor -nombor ini. Cik Rose memilih jalan itu kerana tidak mahu diri sendiri panik. Melihat angka-angka yang dipamerkan membuatkan Cik Rose berdebar-debar dan takut. Jadi, Cik Rose memilih untuk tidak terlalu fokus terhadap angka yang diumumkan setiap hari. 

Petang tadi, 28 Mei 2021, kenyataan media dari Pejabat Perdana Menteri dikeluarkan. 

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara( MKN) telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'TOTAL LOCKDOWN' Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jum 2021 hingga 14 Jun 2021.


Sepanjang tempoh ini, SEMUA sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN. 



Pelbagai reaksi orang ramai dapat dilihat melalui hantaran post dan komen di media sosial. Apapun, moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. Moga virus covid19 ini tidak lagi menjadi ancaman buay diri kita. 



Post a Comment

0 Comments