Friday, June 04, 2021

EPISOD AKHIR DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA | EPISOD 48

EPISOD AKHIR DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA


Drama Rindu Awak Separuh Nyawa menjadi fenomena di negara kita. Drama adaptasi dari sebuah novel karya Siti Rosmizah. Pada awalnya drama ini hanya mempunyai 40 episod sahaja. 


Kredit gambar : Instagram 7daysofmagnificent



Namun, dek kerana sambutan hangat dari penonton dan rasa sakit pedih atas nasib yang menimpa Sara, drama ini ditambah lagi 8 episod! Jadi, drama ini ada 48 episod. 


Sejujurnya Cik Rose menyukai drama ini. Rasa kesedihan dan kesakitan yang ditanggung Sara. Rasa geram dengan watak Naz dan Huda. Sayu hati dengan watak Umi. Kawan sejati seperti Qis sukar di cari. Hargailah jika ada.Dan watak-watak yang lain, sememangnya menusuk ke hati. Semua ada peranan masing-masing bagi menjayakan drama ini. 




SINOPSIS PENUH DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA


Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. 




Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. 




Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. 



Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. 

Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.





JUDUL : RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

EPISOD : 48
TARIKH TAYANGAN : 23 Mac 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria & Ria HD
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan, Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan, Norreen Iman, Fizo Omar, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Rahim Jailani, Khaty Azean, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya





Lirik Lagu Naqiu & Vanessa Reynauld - Rindu Separuh Nyawa (OST Rindu Awak Separuh Nyawa)


Terpisah kita
Angkara dusta cinta
Luluh jiwa dan raga
Saat dikau tiada
Di kala rindu ini membara
Kupandang bintang wajah menjelma
Andai dikau tiada
Kurindu separuh nyawa
Kata cinta penawar duka
Sayang, jika kau pergi
Separuh jiwaku mati
Nafas bagai terhenti
Rindu kamu separuh nyawa
Wo-woo, wo-hoo
Woo-oo
Kupandang bintang wajahmu menjelma, ooh
Andai dikau tiada
Kurindu separuh nyawa
Kata cinta penawar duka
Sayang, jika kau pergi
Separuh jiwaku mati
Nafas bagai terhenti
Rindu kamu separuh nyawa

Tahniah buat semua team yang menjayakan drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini!

Andai dikau tiada
Kurindu separuh nyawa
Kata cinta penawar duka (penawar duka)
Sayang, jika kau pergi, ho-woo
Separuh jiwaku mati
Nafas bagai terhenti
Rindu kamu separuh nyawa
Nafas bagai terhenti
Rindu kamu separuh nyawa
Duhai nyawa

No comments:

Post a Comment