Wednesday, November 24, 2021

PAGEVIEWS BLOG MENCECAH 10 JUTA PADA NOVEMBER 2021

PAGEVIEWS BLOG MENCECAH 10 JUTA PADA NOVEMBER 2021.

Alhamdulillah. Pageviews di blog Cik Rose, inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com mencecah ke angka 10 juta pada November ini. Sehingga entry ini ditulis, jumlahnya adalah 10018046. Cik Rose tak pasti tarikh yang tepat ia menjadi 10 juta.



Terima kasih buat semua pengunjung blog ini, yang sudi singgah dan membaca perkongsian dari Cik Rose. Moga penulisan Cik Rose di blog ini bermanfaat buat semua. Dalam menulis ni, ada pasang surutnya. Ada hari yang penuh dengan idea, maka adalah entry yang disiarkan. Namun, ada pula hari yang tiba-tiba Cik Rose jadi 'blank', maka tiadalah post. 


Di tahun 2021 ini, sedikit sahaja entry yang Cik Rose tulis. Banyak kekangan di tahun 2021 yang membataskan Cik Rose untuk menulis. 

Bermain dengan emosi sendiri, dengan keadaan semasa negara lagi. Penyakit covid-19 yang melanda, dengan persekitaran tempat kerja baru, pertambahan anak kucing kesayangan dan beberapa hal lain. 


Untuk meninggalkan dunia blog, ianya tak mungkin terjadi. Cik Rose suka menulis dan suka juga membaca blog. Jadi, minat ini yang menjadi pemangkin untuk Cik Rose terus menulis. 


Terima kasih sekali lagi buat semua pembaca :) 



1 comment: