3 RESEPI BISKUT RAYA SUKATAN CAWAN YANG MUDAH SEDAP BOLEH BUAT SENDIRI

3 RESEPI BISKUT RAYA SUKATAN CAWAN YANG MUDAH SEDAP BOLEH BUAT SENDIRI.| Hari Raya Aidilfitri bakal tiba. Biskut raya memang sinonim dengan perayaan hari raya untuk dihidangkan kepada para tetamu. 




Jika dahulu, biskut raya pelbagai jenis disediakan sendiri oleh mak atau nenek kita. Sudah tentu ianya sedap dan menepati selera seisi keluarga. 


MEMORI BUAT BISKUT RAYA LEPAS SAHUR


Buat sama-sama selepas sahur, meriah suasana tu. Rindunya. Tengok mak buat biskut raya, macam senang je. Resepi pula memang tersimpan rapi dalam buku, hasil tulisan tangan menonton rancangan memasak di televisyen. 


Namun, kini ramai yang memilih untuk membeli sahaja dek kerana kekangan masa dan tenaga. Beli sejenis dua sahaja buat pelengkap juadah, kata orang. 


Ada juga yang masih mengekalkan tradisi untuk membuat biskut raya pilihan hati. Tapi, kebanyakan resepi menggunakan sukatan gram. Perlukan penimbang pula.


Bimbang sangat kalau tak jadi biskut raya. Nak membuatnya bukan mudah. Memerlukan masa yang panjang dari penyediaan bahan hinggalah proses membakar dan menyimpan. 


Eh jangan risau. Masih ada resepi yang menggunakan sukatan cawan. Cik Rose kongsikan dengan semua pembaca di sini. 


3 RESEPI BISKUT RAYA SIMPLE DAN SEDAP HANYA MENGGUNAKAN SUKATAN CAWAN. MUDAHNYA BOLEH BUAT SENDIRI!


Cik Rose buat bersama mak tersayang dan dibantu oleh anak-anak sedara sewaktu raya tahun 2020. Raya PKP! 


3 RESEPI PILIHAN BISKUT RAYA YANG SENANG DAN SEDAP UNTUK DICUBA! 


Biskut Peanut Butter, Biskut Mazola @ Kacang dan BISKUT KOKO. 



Resepi Biskut Peanut Butter Sukatan Cawan Yang Sedap dan Mudah.



Walau ramai yang membeli sahaja kuih/biskut raya,  masih ada yang mahu membuat sendiri kuih dan biskut raya. Puas dapat makan air tangan sendiri. Lebih gembira melihat ahli keluarga kita berselera makan. 






Jom kita tengok resepinya. Sesiapa je boleh cuba. Bila lagi nak buat biskut legend ni kan?



Resepi biskut peanut butter 



Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan marjerin ( Cik Rose guna buttercup yang dalam tong).
1 cawan gula halus
3 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum ( kalau rajin  sangai)
2 cawan tepung jagung
1 1/2 botol kecil peanut butter lady choice (200 gm) - Cik Rose guna 2 botol
Kismis hitam


Cara-caranya:

1. Satukan marjerin ( 1 cawan dulu) dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
4.Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut ( Bila dipicit tak merekah. Kalau kurang lembut boleh tambah marjerin atau peanut butter hingga lembut.Kalau lembik,tambah sedikit tepung gandum.
5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan.
6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
7.Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kpd oven.






Mudah kan? Sedap pula tu. Nak berlemak biskutnya, lebihkan peanut butter. Nyummy sangat tau. Memang puaslah makan. 

Bakar ikut oven masing-masing. Kena try and error juga. Tengok dah masak ke belum kan. Oven kita ni lain-lain. 


Resepi biskut raya old school jadi pilihan 

Apapun, Alhamdulillah menjadi biskut peanut butter ni. Bukan senang nak cari resepi sukatan cawan. Bila dah ada ni, memang kena save dan share lah dengan korang. Perkara yang baik, harus dikongsi bersama gitu! 

Kalau nak buat, kena beli acuan lebih yer. Kalau ada satu jer, bercintalah nak siap. Lama tau. Boleh lenguh bahu dan pinggang nanti. hikhik. 

Ada yang panggil biskut peanut butter ni biskut opah! hihi. Sebab memang dulu-dulu orang rajin nak buat. Biskut ni juga sebenarnya makan modal juga. Peanut butter tu la, menggetarkan hati ni sikit. hahaha. 

Yang penting, resepi ini boleh dipercayainya. Menjadi. Lihatlah kejadian biskut yang Cik Rose buat ni. Alhamdulillah. 

Selamat mencuba!


Resepi kedua adalah Biskut Koko.


Resepi Biskut Koko Sukatan Cawan Yang Sedap dan Mudah Untuk Disediakan 


Alkisahnya,  Cik Rose suka makan biskut dahlia koko yang mak buat. Tapi, acuan samperit tak ada pula. Dah mencari di beberapa buah kedai tak ada. Guna sahaja acuan tekap ni. Nak ke kedai jual bahan kek, memang tak sanggup. Beratur panjang! 

Biskut koko ni mudah sahaja caranya. Sukatan cawan. Jangan risau, Cik Rose memang kongsikan resepi-resepi yang mudah sahaja. Boleh kita sama-sama buat dan makan.





Biskut koko jadi pilihan anak-anak

Korang boleh cuba buat dengan anak -anak.  Seronok buat sama-sama, sambil terap biskut, ada yang tabur coklat rice  dan ada yang tukang bakar. Sekurang-kurangnya terisi masa bersama. Meriah jadinya suasana di dapur! 



BISKUT KOKO SUKATAN CAWAN





Bahan-bahannya:

1 ketul Butter  / marjerin 1 cawan (Cik Rose guna buttercup dalam tong)
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko ( Cik Rose guna jenama Van Houten)
1 cawan gula aising@ gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla

Untuk hiasan

Coklat rice
Putih telur


CARA-CARANYA

Pukul kuning telur,gula aising butter/marjerin,esen vanilla hingga sebati.
Kemudian, masukkan tepung jagung, serbuk koko & tepung gandum sedikit demi sedikit sampai doh tak melekat di jari.
Agak-agak sahaja, jangan lembik atau keras sangat.
Dah siao, bolehlah guna acuan yang kita nak untuk terap. 
Sapukan putih telur dibahagian atas dan taburkan coklat rice. 
Bakar pada suhu 180 masa 20 minit @ ikut oven masing-masing.







Kalau nak lebih rasa koko tu, bolehlah tambah perisa koko yang cecair tu. Lagi terangkatlah rasa dia.  So nyummy! 
Jangan lupa, tabur coklat rice banyak sikit, barulah sedap. hihi.

Resepi mudah macam ni, korang haruslah cuba. Bukan sahaja mudah, tapi sedap. Biskut ni dapat menambat selera anak-anak tau. 

Seronok je tengok orang buat biskut raya, tu yang Cik Rose pun buat juga. Buat dengan mak dan anak-anak sedara. Tapi,  jujur cakap. Buat biskut raya, kena banyak sabar. Sabar menanti proses nak membakarnya. Sakit pinggang! Kalau nak buat sorang-sorang, memang tak lah. hihi. Buat ramai-ramai baru seronok, tak terasa sangat jemu. hihi. 

Selamat mencuba ya!


Resepi terakhir ialah Biskut Kacang @ Mazola. 


Resepi Biskut Kacang Sukatan Cawan Yang Sedap 




Biskut Kacang ni resepinya sangat mudah. Mak lah yang cakap. Bahan tak banyak, dan kalau buat satu adunan, dapat banyak biji. Dahla sedap, tak muak, dapat banyak pula kan. Memang ekonomi sangat. Biskut kacang ni, memang mak selalu buat time raya. Ramai peminatnya di rumah kami ni. 

Lagi satu,  air tangan mak kan. Buat apa pun, memang sedap sangat di tekak anak-anak. Cik Rose bersyukur dapat rasa air tangan mak. Terima kasih mak. 



Di sini, Cik Rose kongsikan resepi biskut kacang ikut cara mak. Sukatan cawan. Sangat mudah. Tak perlu nak sukat atau nak timbang. 

Jomlah cuba. Mana tahu, ianya juga akan menambat hati korang. 


Resepi Biskut Kacang Sukatan Cawan

Bahan-bahannya

2 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak. kemudian, buang kulitnya dan kisar. Cik Rose buat dua jenis. Separuh kisar halus dan separuh lagi kisar kasar.
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam halus
3/4 cawan gula aising - boleh kurangkan jika tak nak manis. 
1 cawan minyak mazola - Cik Rose guna minyak masak biasa sahaja.  
1 sudu kecil baking powder

Untuk hiasan

-kuning telur + pewarna kuning ( campur sedikit esen vanilla
Kacang yag dibelah dua


Cara-cara:

campur semua bahan sekali sampai menjadi doh,dan canai rata, tekap bentuk citarasa masing-masing. sapu kuning telur dan letakkan kacang di atasnya. Bakar pada suhu 130°c dalam 15 minit -  ikut oven masing-masing. 






Pada dulang tu,  Cik Rose sapu marjerin sikit dan taburkan tepung. Tak nak biskut ni melekat. Terpulanglah nak letak atau tidak ya. 


Selamat mencuba!

Tak kira musim raya atau bukan musim raya, biskut ni jadi pilihan ramai. Sebab ada kacang kan, ianya tidak muak. 

Boleh jadikan aktiviti di dapur bersama anak-anak. Bolehlah buat biskut ni dan kirimkan untuk yang tersayang. 


Akhir kata, Selamat mencuba. 


Post a Comment

1 Comments

  1. Kenangan betul biskut kacang. Dulu ada sedara yang duk area Budi, Bachok. Rumahnya berdindingkan buluh sulam. Setiap kali raya, biskut kacang wajib ada. Sedap pulak tu dia buat. Kalau ke sana, yang tu dulu saya buka balangnya.

    ReplyDelete