7 ANEKA RESEPI MENU BERBUKA PUASA YANG MUDAH, SEDAP DAN MENYELERAKAN

7 ANEKA RESEPI MENU BERBUKA PUASA YANG MUDAH, SEDAP DAN MENYELERAKAN.| Assalamualaikum. Masak sendiri di rumah untuk juadah berbuka puasa menjadi pilihan ramai orang. Yelah, kalau nak beli, takut tak menepati selera ahli keluarga. Juga harga yang agak tinggi dijual. Penyelesaiannya, jom masak sendiri.




Bila masak hari-hari, sampai dah tahu nak masak apa. Pernah tak rasa macam tu? Tak ada idea kadang-kadang tu. Pening memikirkan nak masak apa. Sudahnya, menu yang sama bakal berulang. hihi.


Di sini, Cik Rose kongsikan 7 resepi menu berbuka puasa yang memang mudah, sedap dan menyelerakan! Bolehlah cuba masak satu hari, satu resepi. 


Resepi yang akan Cik Rose kongsikan berasaskan ikan, sotong dan udang. Resepi yang sudah tentu simple dan menjimatkan masa untuk disediakan. Antaranya adalah : 

  1. Resepi Ikan Masak Asam Sedap Dan Mudah 
  2. Resepi Sambal Udang
  3. Resepi Sotong Goreng Kunyit
  4. Resepi Tomyam Yang Sedap Dan Pekat Macam Di Kedai Tomyam Thai
  5. Resepi Sotong Masak Serai Bersantan Yang Sedap Dan Mudah
  6. Resepi Masak Lemak Cili Api Kulat Sisir Bersama Udang
  7. Resepi Ikan Siakap 3 Rasa


Jom kita tengok resepi / cara penyediaannya.


 RESEPI IKAN MASAK ASAM SEDAP DAN MUDAH 





Bahan-bahan :

2 ketul ikan Jenahak
2 ulas Bawang putih- diricih
1 biji bawang merah -diricih
2 batang  Cili besar merah dan hijau
3 batang cili padi
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji tomato
Air asam jawa (agak-agak)
Sedikit air
Sedikit garam


Cara-caranya :

1. Goreng ikan yang digaul garam dan kunyit.
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili besar.
3. Kemudian masukkan air asam jawa.
4.Kalau terlalu pekat, tambahkan air.
5. Biar hingga mendidih, masukkan ikan, tomato dan bawang besar.
6. Perasakan dengan garam. Siap!


Pastinya resepi berasaskan sambal menjadi pilihan utama kebanyakan keluarga, kan? Jadi, Cik Rose selitkan juga resepi sambal udang di sini.
 

Resepi Sambal Udang



Bahan-bahannya: 

Udang
Bawang putih, bawang merah- dikisar bersama belacan yang dibakar
Cili kering - dikisar
Asam keping atau air asam jawa
Gula, garam
Sedikit air


Cara-caranya :

Tumis bawang yang dikisar tadi hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar. Biar sampai cili kita masak. Boleh masukkan udang dan asam keping. Kalau kering, boleh tambahkan air. Bila udang dah masak, masukkan gula dan garam. Haa, dah siap! 


Simple kan? Kalau korang ada alahan dengan belacan, tak payah masukkan ya. Tapi, kalau tak ada alahan, boleh masukkan belacan. Nak sambal yang kick, jangan lupa bakar dulu belacan tu. Cik Rose letak kat dapur gas je. Hihi. 

Cubalah. Lauk yang simple macam ni, pembuka selera kita. Jangan buat pedas sangat. Korang adjust jumlah cili tu. Jangan letak banyak. 


RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT




Resepi Sotong Goreng Kunyit 

  • Tiga ulas bawang putih dihiris
  • Setengah biji bawang besar juga dihiris
  • Halia sedikit juga dihiris
  • Satu biji bawang besar dipotong bulat
  • Satu batang cili merah dan 7 biji cili padi ditumbuk. (Bilangan cili ikut citarasa masing-masing ya)
  • Lobak merah dipotong nipis dan memanjang
  • Asam keping/air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk cukup rasa
  • Serbuk kunyit
  • Sotong digaul kunyit

Cara-cara penyediaan sotong goreng kunyit

Cik Rose akan letak sotong yang telah digaul kunyit tadi dalam kuali panas terlebih dahulu. Untuk mengeringkan air sotong. Dan kalau kita masak nanti, tak adalah sotong mengecut sangat. 

Panaskan minyak. Masukkan hirisan bawang pitih dahulu. Bila dah kekuningan, baru masukkan hirisan bawang besar.Kemudian cili yang ditumbuk tadi.  - Ada sebab Cik Rose tumis satu-satu. Dulu, Cik Rose masuk je semua. Tapi, ada yang kongsikan dalam facebook, kalau kita masukkan satu-satu, lagi sedap. Jadi, Cik Rose cubalah kan. Ada bezanya tau. 

Kemudian masukkan lobak merah, biar sekejap je. Terus masuk asam keping atau air asam jawa. Kalau korang guna asam keping, tambah air sedikit ya. 

Kemudian masukkan sotong, serbuk kunyit sedikit dan bawang besar yang dipotong bulat tu. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka. 

Masa masukkan sotong tu, boleh besarkan api ya. Jangan masak terlalu lama pula, nanti sotong jadi liat.

Sotong goreng kunyit ni amatlah mudah dan pastinya akan membangkitkan selera. Bukan sahaja sesuai untuk berbuka puasa, juga untuk lauk sahur. 


RESEPI TOMYAM YANG SEDAP DAN PEKAT MACAM DI KEDAI TOMYAM THAI


Bahan-bahan buat tomyam campur pekat:


1 paket perencah tomyam

1 kiub pati tomyam 

Bahan kisar :

2 ulas bawang merah

1 biji tomato

5 batang cili padi

Sebatang serai

lengkuas atau halia(agak-agak)

 

6-7 batang cili padi (kalau nak lagi pedas, letak lebih )

-di belah dua atau ketuk je.

2 batang serai(dititik) 

Halia (dihiris)

2 biji bawang besar (dipotong bulat)

3 biji tomato-belah 4

4 daun limau purut


ayam / udang / sotong

 

bunga kubis

carrot

jagung kecil 

-atau sayur-sayuran lain.

Air

garam

 

Cara buat tomyam ayam pekat:

 

* Kisar 2 ulas bawang merah , 1 batang serai, 1 biji tomato, halia dan 5 batang cili padi.

* Masukkan air untuk buat kuah.

* Masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga 1 paket perencah tomyam.

* Masukkan carrot sampai setengah empuk.

* Kemudian, masukkan lebihan cili, serai yang di titik, halia yang di hiris, bawang besar,  garam, dan kiub pati tomyam.

* Bila sudah mendidih, masukkan ayam / udang / sotong, bunga kubis, tomato dan daun limau purut.- untuk udang  dan sotong, Cik Rose didihkan asing. Cik Rose masukkan udang dan sotong yang dah masak, ke dalam tomyam. Sebab tak nak air udang dan sotong mengganggu rasa tomyam.

* Rasa, dan siap di makan!


Resepi Sotong Masak Serai Bersantan Yang Sedap dan Mudah


Bahan – bahan: 


Untuk pes:


• kunyit hidup
• 3 sudu minyak masak
• 6 tangkai cili merah
• lengkuas
• 1 biji bawang Holland
• 1  kotak santan kecil 


Untuk masak:

●  sotong
● 2 batang serai
● 3 helai daun limau purut
● garam


Cara membuatnya: 

  • Potong semua bahan untuk membuat pes dan letak ke dalam blender. 
  • Masukkan 1/2 kotak Santan. Kisar sehingga menjadi pes. Simpan 3 sudu besar pes untuk perap sotong.
  • Bersihkan sotong. Perap dengan serai, daun limau purut dan pes tadi.
  • Panaskan minyak dan masukkan lebihan pes, 1/2 kotak  Santan dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Tak perlu tambah air ya. Dah siap. 

RESEPI MASAK LEMAK CILI API KULAT SISIR BERSAMA UDANG



 

 

 

Bahan-bahan:

5 ulas bawang merah

4 ulang bawang putih

Halia (sikit)

Kunyit hidup (sikit)

9 tangkai cili padi hijau

2 tangkai cili besar hijau

(tumbuk sekali)

*nampak tak Cik Rose gigih menumbuk bahan-bahan ni?. Korang boleh blender je k :)

2 batang serai( dititik)

Santan 1/2 kotak kecil (Cik Rose guna santan segera je)

Sedikit air

Sedikit garam



Kulat Sisir (basuh dan rendam seketika)

Udang (agak-agak nak banyak mana)

Cik Rose letak dalam 10 ekor je.



Cara-caranya :


1.Tumiskan bahan yang dah ditumbuk tadi dengan sedikit minyak. 

2.Bila dah naik bau, masukkan serai yang dititik.

3. Masukkan kulat sisir dahulu, dan kemudian baru masukkan udang.

4.Bila agak-agak udang hampir masak, terus masukkan santan. Kacau perlahan-lahan. Perasakan dengan garam. 





RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA




2 ekor ikan siakap ( dilumur garam, kunyit dan tepung jagung)

Goreng hingga garing dan ketepikan.



Bahan-bahan sosnya :


5 ulas Bawang putih -dikisar

3 biji Bawang besar - dikisar

Halia ( suka letak banyak, ikut suka ye)

3 senduk cili kisar (ikut tahap kepedasan masing-masing)

Sos cili - Agak-agak banyak mana

3 batang cili merah (dikisar.)

2 batang serai ( dipotong halus)

Cili merah (dipotong )

Cili Merah (dikisar)

Nenas ( dipotong kecil)

Timun( dipotong kecil)

Bawang besar ( dipotong bulat)

Daun limau purut

Gula

Garam


CARA- CARA :


1. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dikisar bersama.

2. Bila bawang dah garing, masuk cili kisar. Biar cili masak dulu.

3. Masukkan cili merah yang dikisar pula.

4. Bila cili dah masak, masuk sos cili. Agak-agak je banyak mana, ikut kepekatan dan kepedasan yang kita nak. Masukkan gula jika terlalu pedas. Biarkan seketika. Jika perlu, boleh masukkan air.

5. Masukkan nenas, serai yang dipotong halus dan daun limau purut.

6. Kemudian, boleh masukkan timun dan bawang besar. 

7. Akhir sekali boleh masukkan garam dan cili merah yang dipotong. Kacau seketika. 

8. Bila dah masak, boleh tuangkan ke atas ikan siakap yang telah kita goreng tadi..



Selamat mencuba. Moga resepi-resepi yang Cik Rose kongsikan ini bermanfaat buat semua. Moga anda dapat mencubanya sendiri di rumah. Selamat berbuka puasa!

Post a Comment

0 Comments