TONTON DRAMA RISIK PADA HATI EPISOD 1 HINGGA EPISOD 28 (AKHIR) DI TV3. | Tonton drama adaptasi novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul dibintangi oleh Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya akan menemui penonton di slot Akasia TV3 bermula 27 Jun 2022, setiap Isnin hingga Jumat pukul 7 malam.
Info Drama Risik Pada Hati
Tarikh Tayangan: 27 Jun 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Disney+
Penulis Skrip: Sya Farhana
Novelis: Hanni Ramsul
Pengarah: Mohd Fazli Yahya @ Pali Yahya
Produksi: Zamriez Golden Pictures
Watak Pelakon
Alif Satar sebagai Adam
Ummi Nazeera sebagai Hayfa
Zara Zya sebagai Aisya
Haleeda Mazlein sebagai Hajah Wardah
Rahim Omar sebagai Haji Kassim
Shiqin Kamal sebagai Suhara
Izzue Islam sebagai Nazim
Nazs Sally sebagai Nurhan
Ifa Raziah sebagai Mak Ngah Diba
Trisha Ooi sebagai Erra
Ikhwan Rosli sebagai Farid
Shazia Rozaini sebagai Atilia
Syazuwan Hassan sebagai En Hairul
Sinopsis Drama Risik Pada Hati
Mengisahkan Adam dan Hayfa yang sangat bahagia dengan perkahwinan namun Hayfa tidak mampu memberikan zuriat kepada suaminya.
Suatu hari, Hayfa meminta Adam berkahwin lain dan Adam akhirnya bersetuju menerima Aisya sebagai isteri keduanya. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Selepas kehadiran Umar, kebahagian kehidupan mereka mula goyah. Ada yang cuba menjadi batu api sehingga timbul curiga dan prasangka dalam diri Hayfa dan Aisya.
Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?
Sinopsis Novel Risik Pada Hati
Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.
“Kenapa uji cinta abang macam ni?” Adam
“Ayfa tak uji cinta abang. Ayfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita.” - Hayfa
“Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?” - Aisya
Namun, benarkah pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?
Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.
Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?
Lagu Tema (OST)
Seribu Gundah - Hariz Fayahet & Wanie Ooi
0 Comments