EPISOD AKHIR DRAMA RISIK PADA HATI (EPISOD 28) DI TV3

EPISOD AKHIR DRAMA RISIK PADA HATI (EPISOD 28) DI TV3. | Tonton drama adaptasi novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul dibintangi oleh Alif Satar,  Ummi Nazeera dan Zara Zya akan menemui penonton di slot Akasia TV3 bermula 27 Jun 2022, setiap Isnin hingga Jumat pukul 7 malam.




EPISOD AKHIR DRAMA RISIK PADA HATI (EPISOD 28) DI TV3

Ramai yang tak sabar menanti pengakhiran hubungan Adam, Hayfa dan Aisya. Bagaimana hubungan rumahtangga mereka. Selamakan hati mereka ikhlas dalam perhubungan tersebut? Adakah perasaan mereka dipengaruhi oleh orang sekeliling? 

Sedih sebenarnya drama ini. Kedua-dua watak Hayfa dan Aisya punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saksikan episod akhir drama Risik Pada Hati ini di Channel Disney+ dan TV3.


Info Drama Risik Pada Hati

Tarikh Tayangan: 27 Jun 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Disney+
Penulis Skrip: Sya Farhana
Novelis: Hanni Ramsul
Pengarah: Mohd Fazli Yahya @ Pali Yahya
Produksi: Zamriez Golden Pictures


Watak Pelakon

Alif Satar sebagai Adam
Ummi Nazeera sebagai Hayfa
Zara Zya sebagai Aisya
Haleeda Mazlein sebagai Hajah Wardah
Rahim Omar sebagai Haji Kassim 
Shiqin Kamal sebagai Suhara
Izzue Islam sebagai Nazim 
Nazs Sally sebagai Nurhan 
Ifa Raziah sebagai Mak Ngah Diba 
Trisha Ooi sebagai Erra
Ikhwan Rosli sebagai Farid 
Shazia Rozaini sebagai Atilia
Syazuwan Hassan sebagai En Hairul


Sinopsis Drama Risik Pada Hati

Mengisahkan Adam dan Hayfa yang sangat bahagia dengan perkahwinan namun Hayfa tidak mampu memberikan zuriat kepada suaminya.

Suatu hari, Hayfa meminta Adam berkahwin lain dan Adam akhirnya bersetuju menerima Aisya sebagai isteri keduanya. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Selepas kehadiran Umar, kebahagian kehidupan mereka mula goyah.  Ada yang cuba menjadi batu api sehingga timbul curiga dan prasangka dalam diri Hayfa dan Aisya.

Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?


Sinopsis Novel Risik Pada Hati

Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.

“Kenapa uji cinta abang macam ni?” Adam

“Ayfa tak uji cinta abang. Ayfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita.” - Hayfa

“Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?” - Aisya

Namun, benarkah pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?

Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.

Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?


Lagu Tema (OST)

Seribu Gundah - Hariz Fayahet & Wanie Ooi


Post a Comment

0 Comments