Tonton Drama Biarkan Ia Pergi Episod 1 hingga Episod 20 (Akhir) di TV3

Tonton Drama Biarkan Ia Pergi Episod 1 hingga Episod 20 (Akhir) di TV3.Drama adaptasi novel 'Biarkan Ia Pergi' karya Liza Nur, diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd dan hasil nukilan skrip Wan Mahani Wan Hassan & Liza Nur. Biarkan Ia Pergi yang diarahkan oleh Fairuz Loy  menampilkan lakonan Amar Baharin dan Isyariana selaku teraju utama. Drama bersiri 20 episod 'Biarkan Ia Pergi' telah disiarkan mulai 11 Ogos 2022 menerusi slot Samarinda pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3.



Info Biarkan Ia Pergi

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 11 Ogos 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10.00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Skrip: Wan Mahani Wan Hassan & Liza Nur
Novelis: Liza Nur
Pengarah: Fairuz Loy
Produksi: SR One Sdn Bhd
Pelakon: Isyariana, Amar Baharin, Mior Darwish, Asha Merican, Zaki Azeman, Hariz Hamdan, Idzham Ismail, Lia Natalia, Sabhi Saddi, Diyya Eqa, Ana Dahlia, Myra Natasya, Rosnah Johari, Hafidzuddin Fazil, Zulkifli Ismail


Watak Pelakon Biarkan Ia Pergi

Isyariana sebagai Alissa Othman
Amar Baharin sebagai Zaquan Zachery
Mior Darwish sebagai Zaquan Ameen
Asha Merican sebagai Fara
Hariz Hamdan sebagai Badry
Idzham Ismail sebagai Haris
Lia Natalia sebagai Daniela
Sabhi Saddi sebagai Aqasya
Sabhi Saddi sebagai Aidil Aqasya
Diyya Eqa sebagai Tengku Asmidar




Sinopsis Biarkan Ia Pergi


Alisa Othman (Isyariana) mempunyai kehidupan yang diidamkan oleh ramai wanita. Alisa sangat bersyukur kerana dikurniakan dengan sebuah keluarga yang penyayang, teman lelaki yang sentiasa di sisi, dan kawan setia yang menjadi tempat bergantung. Namun, nasib kehidupan Alisa berubah selepas bertemu dengan Zaquan Zachary (Amar Baharin).

Dalam keadaan khayal yang tidak sedarkan diri, secara tidak sengaja, Zaquan telah menyakiti Alisa dan menyebabkan Alisa hilang arah dan segala yang dimilikinya. Alisa telah membawa diri selepas kejadian tersebut. Zaquan tekad untuk mencari Alisa demi menebus kesalahannya dan berjanji akan membetulkan semula keadaan walau apapun halangan yang mendatang.

Apakah hasil dari pertemuan semula mereka, adakah segala usaha Zaquan itu hanya sia-sia sahaja? Dapatkah Zaquan menebus kesilapannya terhadap Alisa?




******************

Allisa gadis yang lahir dari keluarga miskin merantau jauh dibumi Australia demi segulung ijazah. Teman serumahnya, Fara dilahirkan dari keluarga berada merupakan teman baiknya. Walaupun Fara mempunyai rupa paras yang jelita namun ianya tidak mampu membuat Izani terpaut hati terhadapnya. Cinta Izani hanya buat Allisa. Haris yang menyintai Fara sejak dari zaman persekolahan dikecewakan Fara kerana cintanya hanya untuk Izani.

Zaquan teman baik Haris begitu marahkan Elina sepupu Fara yang mana disebabkan cinta Aidil terhadap Elina telah membuat Aidil cuba membunuh diri dek kerana kecewa. Zaquan yang bedendam mula menjejaki Elina. Bertemu dengan Badri yang sedang asyik berpeleseran bersama Fara membuat amarah Zaquan terus membara. Zaquan cuba mendapatkan maklumat Elina dari Fara yang berkeras cuba untuk melindungi sepupunya itu.

Disaat Zaquan mendapat maklumat yang dikehendaki itulah dia telah terminum minuman yang telah bercampur dadah yang cuba Badri berikan kepada Fara. Allisa yang diminta menghantarkan baju ke rumah Elina telah menjadi mangsa keadaan dimana dia yang disangka Elina diculik kuncu-kuncu Haris. Zaquan yang telah dipengaruhi dadah telah memperkosa Elina tanpa sedar. Akibat dari kejadian itu juga Allisa menjadi hilang punca, Izani membencinya dek fitnah Fara.

Sekembali ke tanah air, Allisa cuba melupakan sejarah hitam walaupun hatinya terluka. Tanpa disangka akibat peristiwa itu juga dirinya mengandung. Dia dibuang orang tua kerana malu. Berdepan dengan masa depan yang kelam Allisa bertatih membina kehidupan bersama anak yang dilahirkan tanpa mengenali insan yang telah membuat onar terhadapnya. Zaquan yang menyedari kesilapan yang dilakukan terhadap Allisa cuba mencari Allisa demi menebus kembali kesilapannya serta mengambil Allisa sebagai isteri dan ibu kepada anaknya.


Lagu Tema (OST)

Akulah Lelakimu - Asfan Shah




Lirik Lagu Akulah Lelakimu Nyanyian Asfan Shah

Di saat aku hilang tanpa arah
Kau tiba membawa sejuta rasa
Rasa yang sudah lama aku lupakan
Kini kembali menghiasi jiwa

Izinkan ku kalungkan
Cinta agung untuk sinari

Aku lelaki yang tak punya apa
Aku lelaki yang pernah kecewa
Terima kasih tuk semua
Mencipta detik terbahagia

Setiap nafas yang engkau dengari
Sumpah cintaku hingga akhir nanti
Janji kita terpatri
Bagi ku kau amat bererti

Aku lelaki yang tak punya apa
Aku lelaki yang pernah mengalah
Terima kasih tuk semua
Mencipta detik terbahagia

Cinta darimu yang luar biasa
Senyumanmu menyembuhkan derita
Kan ku peluk erat tanganmu
Hingga ke akhirnya bersatu

Akulah lelakimu


Post a Comment

0 Comments