EPISOD AKHIR DRAMA RINDU KASIH DI TV3 EPISOD 15 (ISNIN). Drama bersiri Rindu Kasih dibintangi oleh Ummi Nazeera, Izzue Islam, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Amyza Aznan dan ramai lagi, disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 16 November lalu, pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam atau strim melalui platform penstriman Disney+ Hotstar.
Rindu Kasih bakal berlabuh tirai pada Isnin ini, 12 Disember 2022. Ramai yang ternanti-nanti pengakhiran episod duka hidup Ina. Apa yang akan terjadi pada Ina, Fayad, Amir, mak Ina, Murni, Hisham, dan yang penting watak mak Amir dan Pak Hassan.
Cik Rose mengikuti perjalanan drama ini. Ternyata watak Ina yang dilakonkan Ummi Nazeera melekat di hati. Watak Ina yang lemah lembut, baik hati, ceria bertukar perlahan-lahan sejak berkahwin dengan Amir. Hati mana yang akan bertahan bila diperlakukan sedemikian oleh insan yang bergelar mak mertua. Sudahlah tidak diterima, dilayan dengan buruk, suami pula tidak menyebelahinya. Kesiannya Ina.
Amir, seorang lelaki yang bergelar suami. Seharusnya mempercayai Ina. Sepatutnya lebih mengenali Ina. Namun, Amir sendiri tidak tetap pendirian sejak awal perkahwinan. Bersangka buruk terhadap Ina. Meragui kesetiaan Ina, cemburu akan Hisham hingga termakan dengan lakonan maknya sendiri. Amir tersepit antara cintanya kepada Ina dan kasih maknya. Lebih membuatkan Amir serba salah dengan setiap tingkah lakunya, bila Mak kandungnya selalu mengeluarkan kata-kata ‘Mir, syurga Amir ada dekat mak’.
Mak Lijah, mak Amir, mak mertua Ina. Setiap hari ada saja perlakuan Mak Lijah yang membuatkan kita geram kan. Hihi. Ada yang bertanya wujudkah watak Mak Lijah di dunia nyata? Mungkin ada dan mungkin tidak. Hanya yang mengalaminya sahaja yang boleh mengiakan.
Shida - mak kandung Ina. Akhirnya Ina merasai kasih sayang seorang mak. Bertemu maknya di dalam penjara. Ina nekad melakukan jenayah kerana ingin masuk sendiri ke dalam penjara berjumpa maknya. Aduhai, watak Ina dan Shida benar-benar mengundang air mata.
Nantikan episod Akhir Rindu Kasih Isnin ini, 12.12.2022. Apakah pengakhiran kisah Ina dan Amir?
Hingga Ina nekad melakukan jenayah semata-mata ingin mendapat kasih sayang ibunya. Ina merasakan hidupnya kosong setelah pemergian ayahnya. Juga setelah suaminya sendiri tidak mempertahankan dan mempercayai dirinya apabila difitnah oleh mak mertuanya.
Amir, seorang lelaki yang bergelar suami. Seharusnya mempercayai Ina. Sepatutnya lebih mengenali Ina. Namun, Amir sendiri tidak tetap pendirian sejak awal perkahwinan. Bersangka buruk terhadap Ina. Meragui kesetiaan Ina, cemburu akan Hisham hingga termakan dengan lakonan maknya sendiri. Amir tersepit antara cintanya kepada Ina dan kasih maknya. Lebih membuatkan Amir serba salah dengan setiap tingkah lakunya, bila Mak kandungnya selalu mengeluarkan kata-kata ‘Mir, syurga Amir ada dekat mak’.
Mak Lijah, mak Amir, mak mertua Ina. Setiap hari ada saja perlakuan Mak Lijah yang membuatkan kita geram kan. Hihi. Ada yang bertanya wujudkah watak Mak Lijah di dunia nyata? Mungkin ada dan mungkin tidak. Hanya yang mengalaminya sahaja yang boleh mengiakan.
Dendam Mak Lijah pada Pak Khalid - ayah Ina. Hati mana yang tidak sakit bila bakal suami tidak muncul di hari pernikahan, malah ayahnya pula meninggal di hari bersejarahnya akibat terkejut bila Khalid tak muncul. Sejak itu, Mak Lijah berdendam dengan Khalid.
Setelah bertahun-tahun Khalid muncul semula di kampung dengan membawa anak kecil. Berkerja pula dengan suaminya. Anaknya pula menaruh hati dengan anak Khalid! Akhirnya,menjadi menantunya. Mak Lijah memang tak dapat terima hingga sanggup melakukan pelbagai cara untuk memisahkan anak menantunya.
Shida - mak kandung Ina. Akhirnya Ina merasai kasih sayang seorang mak. Bertemu maknya di dalam penjara. Ina nekad melakukan jenayah kerana ingin masuk sendiri ke dalam penjara berjumpa maknya. Aduhai, watak Ina dan Shida benar-benar mengundang air mata.
Info Drama Rindu Kasih
Episod: 15
Tarikh Tayangan: 16 November 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd
Watak Pelakon Drama Rindu Kasih
Izzue Islam sebagai Amir
Ummi Nazeera sebagai Salina
Nafiz Muaz sebagai Hisham
Amyza Aznan sebagai Shida
Arash Mohd sebagai Khalid
Shazia Rozaini sebagai Huda
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Meor Mohd sebagai Iqbal
Ayu Azlina sebagai Siti
Sinopsis Drama Rindu Kasih
Selepas ditinggalkan Shida (Amyza Aznan), kehidupan Khalid (Arash Mohd) menjadi tidak keruan kerana terpaksa bekerja demi menyara dan membesarkan Salina (Ummi Nazeera) yang berusia hanya beberapa bulan. Khalid membesarkan Salina seorang diri dan terpaksa merahsiakan kisah tentang ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dengan pengedaran dadah bersama kekasih gelapnya dahulu.
Dari kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir (Izzue Islam) iaitu anak kepada Zamani (Nik Ramly) yang juga merupakan kawan baik kepada ayah Salina. Walaupun Amir berkelulusan tinggi, dia memilih untuk menetap di kampung untuk menjaga ibunya, Halijah (Fazlina Ahmad Daud) dan mengabulkan permintaan terakhir ayahnya iaitu mengahwini Salina.
Perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah. Salina sering dilayan teruk oleh Halijah yang selalu menuduhnya kurang ajar kerana tak dapat didikan dari seorang ibu. Setelah Salina mengetahui tentang kisah ibunya, dia nekad untuk melakukan jenayah kerana mahu dipenjara dan membuktikan kepada Halijah yang dia masih sempat untuk merasa kasih sayang seorang ibu walaupun sebagai banduan. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina?
Lagu Tema (OST) Drama Rindu Kasih:
Seandainya - Ariff Bahran
Retak - Aqeesh Aleeya
0 Comments