TAMATLAH SUDAH RINDU KASIH LAKONAN UMMI NAZEERA DAN IZZUE ISLAM

TAMATLAH SUDAH RINDU KASIH LAKONAN UMMI NAZEERA DAN IZZUE ISLAM. Ramai yang ternanti- nanti episod akhir drama Rindu Kasih. Tak kurang juga yang berteka teki pengakhiran hubungan Ina dan Amir. Bersatu kembali atau mereka berpisah? Amir jadi kahwin ke dengan Murni? Bagaimana kehidupan Amir dan maknya. Banyak lagi persoalan dalam minda Cik Rose ni sebenarnya.




Ikutkan hati, tak tahan nak tengok pengakhiran drama Rindu Kasih ni. Rasa sedih, rasa geram tu bercampur baur. Watak Ina yang dilakonkan Ummi Nazeera memang berkesan. Sampai betul lakonannya. Kalau sedih tu, sedih sungguh. Sampai teresak-esaklah CIk Rose ni. hihi.


12 Disember 2022, Isnin. Episod akhir drama Rindu Kasih.

#rindukasih 


Mak Salina meninggal dunia. Mak Salina sakit dan di bawa untuk rawatan. Mak Salina meninggal dunia di hospital. Sayunya rasa hati, bila Mak Salina bermonolog. Mak Salina bersyukur kerana dapat berjumpa dengan anak kandungnya setelah lama ditinggalkan. 




Untuk urusan pengebumian, arwah Mak Salina di bawa balik ke kampung. Salina minta Murni sampaikan pada Amir untuk uruskan jenazah arwah maknya. Tapi, Mak Lijah melarang Amir. Ya Allah, tergamak sungguh ye hati Mak Lijah ni. Bila Ina sampai di kampung, dia lihat hanya ada Murni dan Hisham. Dia tercari-cari Amir, tapi tak ada. Ina dapat memandikan jenazah arwah maknya dan hantar hingga ke tanah perkuburan. Namun, dia tak dapat bertemu anaknya, Fayad. 




Scene Ina memandikan arwah maknya sedih sangat bagi Cik Rose. Cik Rose teringatkan arwah mak Cik Rose yang meninggal dunia pada 23 November yang lalu. Mohon bacakan AlFatihah buat arwah mak Cik Rose, Radziah binti Ramli.


Amir dapat tahu kisah sebenarnya. Pak Hassan datang ke rumah Mak Lijah. Nak pinjam duit lagi. Mak Lijah  tak bagi dan marah-marah Pak Hassan. Apalagi, Pak Hassan mengamuk dan ugut akan  beritahu hal sebenar pada Amir. Tanpa mereka sedar, Amir terdengar perbualan mereka di balik pintu. Amir dengar segala perancangan maknya dengan Pak Hassan. Mereka berdua yang merancang pembunuhan ayah mertuanya, Pak Khalid. Mereka juga yang merancang untuk memfitnah Ina dan Hisham.  




Mak Amir berdolak dalih. Ye, masih tak nak mengaku ye Mak Lijah ni. Masih lagi menafikan dan menuduh semuanya angkara Pak Hassan seorang. Lepas di desak Amir, baru nak mengaku. Lepas tu Amir nak call polis. Apalagi, Pak Hassan terus rampas pisau dari tangan Mak Lijah (Mak Lijah memang pegang pisau tu sebab mula-mula ingat ada orang nak pecah masuk rumah). Pak Hassan terus tikam Amir! Terkejutlah Mak Lijah, terus call polis dan tak bagi Pak Hassan lari. Polis pun sampai dan Pak Hassan kena tangkap. Amir di bawa ke hospital dan Alhamdulillah, Amir selamat. 




Ina keluar penjara. Tempoh tahanan Ina dah tamat. Ina dibebaskan. Ada babak malam sebelum Ina dibebaskan. Ina berbual dengan kawan arwah maknya. Sedih babak tu, bila kawan mak Ina cakap, mungkin Ina akan lupakan dia bila dah bebas. Tapi, Ina cakap  yang Ina akan datang melawat bila ada masa dan tak mungkin Ina akan lupakan semua kenangan di penjara.




Murni kawin dengan Hisham. Ya, sebenarnya Murni berkahwin dengan Hisham, dan  bukanlah dengan Amir. Mungkin penonton akan berfikir yang Murni berkahwin dengan Amir. Sewaktu mereka bertunang, Murni dah cakap yang dia nak bertunang dalam tempoh setahun. Rancangan Murni sebab Dalam tempoh setahun tu, Ina akan bebas. Dan dia tak perlu berkahwin dengan Amir. Dia buat semua ni hanya untuk Fayad. Dia tak nak Mak Lijah carikan orang lain sebagai isteri Amir. 




Tapi, tiba-tiba Mak Lijah nak percepatkan pernikahan mereka. Runsing hati Murni. Akhirnya, sehari sebelum hari pernikahan, Murni putuskan pertunangan dengan Amir dan bertindak berkahwin dengan pilihan hatinya, Hisham.




Salina balik ke rumah. Setelah dibebaskan, Ina balik ke rumah arwah ayahnya. Murni dan Hisham yang menghantarnya. Ina tak sabar nak bertemu dengan anaknya, Fayad. Setibanya dia di rumah, Amir keluar bersama Fayad. Amir meminta maaf pada Ina dan ingin kembali bersama-sama dengan Ina. Dan barulah Ina tahu yang Amir tidak berkahwin pun dengan Murni. Sebaliknya Murni berkahwin dengan Hisham. Ina memeluk erat anaknya. Ina tak dapat terima kembali Amir. Mak Lijah datang, dan minta maaf juga pada Ina. Ina tetap dengan pendiriannya, tak mahu kembali bersama Amir. Amir mengugut Ina, selangkah Ina pergi, jatuh talak satu. Aduhai Amir. Cetek ye pemikiran. Ingat Ina selemah itu. Ina terus melangkah keluar bersama Fayad. 




Mak Amir kena tangkap. Sejurus Ina melangkah pergi, pihak polis tiba dan menahan Mak Lijah. sabar  ya Mak Lijah. Oh ya, adegan awal ada memaparkan watak abang Amir ke rumah Huda untuk memaklumkan yang dia akan berangkat ke luar negara untuk belajar agama. 


Amir mengejar Salina. Part last, Amir kejar Ina untuk merayu. Namun, hati Ina dah nekad untuk pergi. Tak habis-habis dengan ugutan ye keluarga Amir. Amir mengugut Ina dengan perkataan cerai. Mak Lijah mengugut Amir dengan perkataan Syurga. Aduhai. 




Siapa yang terus tutup tv bila senarai pelakon keluar? Haa, jangan tak tahu, di hujungnya setelah tamat senarai pelakon, produksi dan lain -lain tu, ada lagi tau. Hihi. Pesanan Mak Lijah buat Ina. Seram pulak. Mak Lijah dalam penjara sambil menuturkan "kau tunggu aku keluar, Salina"




Mungkinkah akan ada sambungan drama Rindu Kasih ini? Sama-sama kita nantikan. 

Post a Comment

0 Comments