Wednesday, January 25, 2023

NIAT PUASA SUNAT BULAN REJAB

NIAT PUASA SUNAT BULAN REJAB. Assalamualaikum. Hari nii, 25 Januari 2023 bersamaan 03 Rejab 1444H. Kita telah pun melangkah ke bulan Rejab. Tak berapa lama lagi nak bertemu Ramadan. Moga Allah SWT mengurniakan kita kesihatan yang baik dan kesempatan untuk bertemu Ramadan. 


Di sini, Cik Rose kongsikan doa ketika masuk bulan Rejab :



Terasa pantas sekali waktu berputar. Hati ini masih berduka, masih terasa pemergian mak dua bulan lepas. Cik Rose mohon sesiapa yang terbaca entry ini untuk membacakan Al Fatihah, Al Ikhlas dan bacaan Al Quran buat arwah mak Cik Rose yang telah meninggal dunia pada 23 November 2022. Terima kasih. Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan tuan/puan.





Bulan Rejab, bulan yang dinanti.


Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan.

Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya.

Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان). [Lihat: Mukhtar al-Shihah, 118]

Di samping itu, Rejab merupakan bulan ke tujuh daripada Tahun Hijri dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya.

Bulan ini datang selepas daripada Jumadi al-Akhir dan selepasnya adalah Sya’ban.




Niat puasa sunat Bulan Rejab


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى


Nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta’ala
Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah ta’ala”


No comments:

Post a Comment