Friday, July 28, 2023

BANTUAN KHAS RM300 KEPADA PENJAWAT AWAM DAN RM200 KEPADA PESARA AKAN DIBAYAR DALAM TEMPOH DUA MINGGU

BANTUAN KHAS RM300 KEPADA PENJAWAT AWAM DAN RM200 KEPADA PESARA AKAN DIBAYAR DALAM TEMPOH DUA MINGGU.|Kerajaan mengumkan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.




Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara. Bantuan tersebut disalurkan sementara kajian gaji dan elaun penjawat awam diperincikan.

Bantuan Khas ini juga turut dipanjangkan kepada pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.


Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini, pada 27 Julai 2023. 

2 comments: