Drama Rajuk Karina di TV3

Drama Rajuk Karina di TV3

Drama Rajuk Karina diadaptasi daripada novel karya Sufea Hareez bakal menemani penonton di slot Akasia TV3 mulai 10 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan juga boleh strim di tonton.com.my. Drama bersiri terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Harris Fadzillah. Menampilkan gandingan pelakon utama Siti Hariesa, Yusuf Bahrin, Nazim Othman dan Puteri Aishah.




Info Rajuk Karina

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2023
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / tonton
Penulis Novel: Sufea Hareez
Penulis Skrip: (PGR's Team) Rozie Rashid, MoonRahdin
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd


Sinopsis Rajuk Karina


Karina (Siti Hariesa) dan Mizan (Yusuf Bahrin) adalah sepupu dan mereka tidak pernah berenggang. Begitu juga hubungan keluarga besar mereka seolah-olah tiada batas dua keluarga. Mizan juga melayan Karina seperti adik sendiri dan boleh dilihat kasih sayangnya pada Karina melebihi adik kandungnya. Namun, penerimaan Karina terhadap layanan Mizan itu tidak sama dengan apa yang dirasai oleh Mizan.

Saiful (Nazim Othman) pula adalah seorang pengajar di Kolej Kart’s yang merupakan milik keluarga Karina. Saiful sudah lama tertarik dengan Karina. Status mereka yang sejauh langit dan bumi itu membuatkan Saiful tercabar untuk memulakan langkah berkenalan dengan Karina.





TONTON ONLINE DRAMA RAJUK KARINA DI TV3

Pada awalnya, Karina tidak menerima Saiful tetapi Saiful berjaya memikat hati Karina atas kesungguhannya. Tambahan pula, Karina kecewa dengan keputusan Mizan yang menolak cadangan Opah untuk menikahi Karina. Jadi, Karina tekad menerima lamaran Saiful dan melupakan tentang perasaannya terhadap Mizan.

Kehidupannya selepas bernikah dengan Saiful tidak seindah yang disangkakan. Sikap Saiful dan ibu mertuanya yang kejam dan menggunakan hartanya untuk berbelanja membuat Karina derita dan merindukan kehidupan asalnya. Kehadiran orang ketiga yang merancangkan kejatuhan rumahtangga Karina kemudian membuatkan dia tekad untuk bangkit melawan nasibnya.

Dapatkah Karina mempertahankan rumah tangganya? Bolehkah dia bangkit semula dan cari kebahagiaan yang diimpikan?




Watak Pelakon Drama Rajuk Karina di TV3

Siti Hariesa sebagai Karina
Yusuf Bahrin sebagai Mizan
Nazim Othman sebagai Saiful
Puteri Aishah sebagai Anum
Eryna Nur Syifaa sebagai Batrisya
Anne Abdullah sebagai Asmah
Shweta Sekhon sebagai Jasmine
Zainol Ismail sebagai Pak Mud
Sera Melissa sebagai Syakila
Fara Nadiah sebagai Shidah
Rahim Omar sebagai Dato Kahar
Ainina Ahmad sebagai Milah
Zarina Zainuddin
Abd Manan Sulaiman
Haidar Hasanudin sebagai Daniel
Neera Azizi sebagai Balqish


Sinopsis Novel Rajuk Karina


“There's no love for her. Maaf, Mizan takkan kahwin dengan Karina." – Mizan

Penolakan Mizan atas cadangan opahnya buat Karina kecil hati. Ya, dia tahu mereka sepupu tapi, masih sah nikah. Lantas, hati cuba dialihkan pada Saiful. Karina yakin Saiful adalah jodohnya. Dia terima Saiful tanpa syarat. Tapi, Saiful pula main kayu tiga.

“I izinkan you kahwin dengan Anum tapi dengan syarat, ceraikan I.” - Karina

Diceraikan ketika sarat mengandung buatkan Karina nanar. Namun, dia perlu kuat demi Batrisya. Dan dia bernasib baik kerana masih ada Mizan di sampingnya.

“Abang sayang Kar.” - Mizan.

Sayang yang Mizan lafazkan bukan sayang adik-abang macam dulu lagi. Tapi sayang itu sudah berubah rentak. Namun kali ini, Karina lebih hati-hati.

“Susah-susah sangat, Mizan bawa Kar ke Siam. Nikah kat sana.” - Mizan

“Ingat sikit, belum kahwin lagi. Jangan suka-suka redah bilik Kar.” – Opah

Mereka bersatu juga walau banyak rintangan yang terbentang. Hidup sebumbung, baru Mizan tahu ‘nakal’ dan ‘manja’ seorang Karina.

“Abang tidur pakai kain pelekat dan baju pagoda jer? Comel. Old school sangat!” – Karina.

“Kar tak nak pergi sekolah! Nak sambung tidur. Nak duduk dalam kain abang semula.” – Karina.

“Kalau Kar budak sekolah, boleh je abang pontengkan. Tapi isteri abang ni cikgu, mana boleh suka-suka tak nak pergi sekolah.” - Mizan

Bahagia mereka, rahsia yang tak perlu dikongsi dengan sesiapa. Namun, Tuhan masih mahu menguji.

“Kau tahu tak suami kau rogol aku! Dia rogol aku!”- Anum

“Kalau kau buat semua ni untuk dapatkan duit aku, jangan harap kau akan dapat. Dan jangan harap kali ni kau boleh dapat suami aku! Pandang suami aku pun kau tak layak!” - Karina

“Anum, you’re just wasting your time. Hentikan angan-angan kau nak rampas suami Karina.” - Saiful

Apa akan jadi bila Anum nekad dengan kegilaannya? Kali pertama, dia berjaya rampas Saiful dari Karina. Adakah dia juga akan berjaya rampas Mizan?

Post a Comment

0 Comments