Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 – “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2023 adalah bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil.

“Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM2023).





RASIONAL LOGO MALAYSIA MADANI


  • Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
  • Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
  • Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
  • WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
  • WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman
  • WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
  • WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni



Pemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.

Post a Comment

1 Comments