Sunday, September 24, 2023

SIARAN LANGSUNG ALL STARS GEGAR VAGANZA (2023) MINGGU PERTAMA

SIARAN LANGSUNG ALL STARS GEGAR VAGANZA  (2023) MINGGU PERTAMA|  Astro mengumumkan senarai peserta Gegar Vaganza All Stars sempena meraikan ulang tahun kesepuluh Gegar Vaganza (GV). GV kali ini  dengan musim baharu menampilkan senarai peserta daripada pemenang-pemenang GV terdahulu dalam All Stars Gegar Vaganza.






SENARAI PESERTA ALL STARS GEGAR VAGANZA (2023)

All Stars Gegar Vaganza menampilkan 10 peserta yang juga merupakan juara GV iaitu :

  1. Ayai Ilusi (GV1)
  2. Siti Nordiana (GV2)
  3. Azharina (GV3)
  4. Aishah (GV4)
  5. Noryn Aziz (GV5) 
  6. Naqiu (GV6)
  7. Hady Mirza (GV6)
  8. Cliff Umar (GV7)
  9. Aliff Aziz (GV8) 
  10. Jaclyn Victor (GV9)

Peserta pilihan Cik Rose? Cik Rose memilih Naqiu.



Manakala lima penyanyi/peserta dari musim-musim lalu bakal dipilih menerusi undian para peminat bermula 29 Ogos 2023 di laman web www.astrogempak.com/gegarvaganza. Undian telah pun ditutup pada 10 September 2023, 11.59 malam. 


Senarai peserta hot seat All Stars Gegar Vaganza

Berikut adalah senarai peserta Hotseat :
  1. Haleeda, Rahmat Mega, Mamat Exists (GV1)
  2. Faradhiya, Ezad Lazim (GV2)
  3. Zarul Umbrella, Ameng Spring (GV3)
  4. Liza Hanim, Lan Solo, Hazami (GV4)
  5. Dia Fadila, Zamani Slam, Amelina (GV5)
  6. Jatt Ali, Nurfatima (GV6)
  7. Muss, Ayu Damit, Noraniza Idris (GV7)
  8. Nikki Palikat, Suki Low (GV8)
  9. Bob Yusof, Shila Amzah, Tomok (GV9)

Keputusan 5 peserta hotseat bakal diumumkan malam ini! Siapakah yang bakal berentap di pentas GV? Kenalah tunggu pengumumannya malam ini. Kalau tanya Cik Rose, sudah tentu Cik Rose ada peserta pilihan untuk hotseat. Cik Rose memilih Zarul Umbrella, Mamat Exist, Zamani Slam, Suki Low dan Tomok. 


PERSEMBAHAN GV LEBIH HEBAT DAN SENGIT!

Dengan menampilkan juara-juara sepanjang sembilan musim serta lima pilihan para peminat, ‘GV’ kali ini semestinya lebih menarik kerana para peserta bakal berentap dengan yang terbaik di persada muzik tempatan bahkan nusantara. Sudah tentu semua peserta akan menampilkan persembahan yang hebat dan lain dari yang lain untuk kekal di pentas GV! Selain kehebatan vokal yang ingin ditonjolkan, peserta juga sudah tentu lebih teliti dalam persembahan dan pemilihan lagu. 


JURI GEGAR VAGANZA 2023

Seperti musim lalu,  barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS ,Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi ikonik Indonesia, Hetty Koes Endang.


PENGACARA GEGAR VAGANZA 2023

Nabil, Jihan dan Elly Mazlein


FORMAT ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023

All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, 000.




SIARAN LANGSUNG ALL STARS GEGAR VAGANZA  (2023)

All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai malam ini, 24 September 2023 (Ahad), jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.




All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

No comments:

Post a Comment