5 LANGKAH REDAKAN RASA TERTEKAN DI TEMPAT KERJA. | Tips dari laman facebook Kementerian Kesihatan Malaysia untuk redakan tekanan di tempat kerja.
Rasa tertekan ni, tak kira siapa. Setiap individu berpotensi untuk mengalami tekanan. Dalam entry kali ini, Cik Rose folus mengenai tekanan di tempat kerja. Akan datang mungkin kita rungkaikan pula permasalahan suri rumah, pelajar dan sebagainya.
MERASA TERTEKAN? Jom cuba langkah-langkah berikut :
1. Cuba untuk berjalan-jalan. Kadang-kadang bila kita duduk terlalu lama, mudah rasa stress, penat, dan bosan. Apa kata, redakan tekanan tersebut dengan berjalan-jalan sedikit. Kita boleh berjalan sekitar ruangan pejabat, ke tandas dan lain-lain.
2. Ajak kawan berbual. Bukanlah berbual sampai tak ingat waktu berkerja dan tugasan. Bila kita terlalu fokus, mata dan fikiran kita akan letih. Rehat sebentar dengan berbual-bual dengan rakan di sebelah.
3. Jadikan berjalan sebagai rutin harian. Kita boleh memilih untuk meletakkan kenderaan jauh sedikit, bolehlah kita berjalan. Atau pun kita pilih tangga berbanding lif. Selamat mencuba!
4. Berjalan di alam semulajadi. Andai ada masa waktu petang, lepas tamat waktu bekerja, dan ada tiada tanggungjawab lain, bolehlah ambil masa ke taman. Berjalan-jalan sekitarnya. Ambil angin, beriadah. Tapi, Cik Rose faham. Ramai yang tiada masa untuk berjalan sedemikian di waktu berkerja. Terkejar-kejar dengan rutin harian. Penyelesaiannya, boleh cuba di hari minggu.
5. Lakukan Xbreak atau senaman. Yeah, cari sedikit masa untuk bersenam. Jika anda tak biasa bersenam, jangan terlalu drastik ya. Cuba sedikit demi sedikit.
- Pokoknya semua tips dari facebook KKM ni, berkaitan JALAN. Hihi, sedikit keliru Cik Rose. Apapun, yang baik boleh kita amalkan. Yang tak berapa nak baik, bolehlah kita tinggalkan.
0 Comments