SALAM RAMADAN DARI CIK ROSE. Assalamualaikum. Apa khabar semuanya. Moga baik-baik sahaja semuanya. Hari ini, 9 Ramadan. Alhamdulillah. Hampir 1/3 Ramadan kita lalui.
Gambar ni masa Kitty tunggu di balkoni nak bye bye Bapak. hihi |
Biasalah, Cik Rose kelewatan menulis di sini. Acah-acah busy ke tu. hikhik. Kerajinan untuk mencoretkan sesuatu di blog ni, kejap naik, kejap turun. Macam emosi sendiri jugak. Macam-macam yang bermain di minda ni.
Di kesempatan ini, Cik Rose ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam yang berpuasa :)
Berpuasa kali ni, Cik Rose ditemani anak-anak bulus. Meriah rumah dengan keriuhan mereka. Semakin bertambah yer anak-anakku. Bapak tak ada. Tugas luar.
Sayu hati. Tahun ni, tahun kedua tanpa insan yang bergelar Mak. Memang terasa lain. Tahun kelima tanpa Kakyang (kakak Cik Rose). Mohon kawan-kawan yang membaca post ni, bacakan AlFatihah dan Al-Ikhlas buat arwah Mak dan Kakak Cik Rose. Terima kasih.
Yang lebih terasa sudah tentu Ayah Cik Rose di kampung. Moga Ayah baik-baik sahaja. Begitu juga dengan Along, Abang Ayie dan Syafiq. Termasuk anak-anak sedaraku. Moga baik -baik semuanya.
Memang sukar nak terima, tapi Cik Rose cuba. Luaran nampak ok. Dalaman tak siapa yang tahu. Kita ni kan berbeza-beza. Tak sama. Cerita kita tak sama. Tapi, kita kena cuba fahami dan terima mengapa ianya terjadi.
Salam Ramadan,
Cik Rose.
1 Comments
Salam ramadan . Selamat menjalani ibadah puasa . Memang kehilangan orang yang kita sayang , sedih yang tak mampu diucap dengan kata-kata . Rindu yang tak terungkap
ReplyDelete