RESEPI MASAK LEMAK CILI API UDANG BERSAMA KACANG BUNCIS. | Assalamualaikum. Juadah berbuka, antara masak atau membeli. Ada yang lebih berselera jika masak sendiri di rumah. Dan ada pula yang memilih membeli di bazar dek kekangan waktu.
Semuanya terpulang pada diri masing-masing. Ada banyak faktor seseorang itu memilih memasak atau membeli. Terserah pada selera masing-masing.
Ok, nak kongsikan menu Cik Rose pada 2 Ramadan. 2 Ramadan tu jatuh pada hari Rabu, iaitu hari bekerja. Jika di bulan Ramadan, Cik Rose dapat pelepasan balik awal 30 minit. Jadinya, balik lebih kurang 4.30 dan sampai di rumah dalam jam 5 petang macam tu.
Jadual di rumah pada waktu petang memang padat ya. Hihi. Cik Rose menguruskan anak-anak bulus yang agak ramai. Sedikit sibuk kerana suami tugas luar. Jadinya, 100% hal anak-anak bulus di bahu Cik Rose.
Walaupun begitu, ia tak menghalang Cik Rose untuk memasak. Hikhik. Cik Rose memilih untuk memasak sahaja pada 3 Ramadan yang lalu, memandangkan lauk basah memang ada dalam peti ais.
Tadaa… Masak lemak cili api udang bersama kacang buncis. Lauk ni dah jadi lauk rasmi Cik Rose. Sebabnya agak kerap juga masak menu ni.
1 Comments
Sedapnyaa .
ReplyDelete