Sukan Olimpik Paris 2024: Senarai Atlet Malaysia Yang Menyertai Sukan Olimpik Paris

Sukan Olimpik Paris 2024: Senarai Atlet Malaysia Yang Menyertai Sukan Olimpik Paris 




Temasya Sukan Olimpik Paris 2024

Sukan Olimpik Paris 2024 akan diadakan di Perancis dengan menyaksikan bandar Paris akan menjadi lokasi utama bermula dari 26 Julai 2024 sehingga 11 Ogos 2024. Temasya itu turut akan diadakan di 16 lokasi lain termasuk Pulau Tahiti.

Senarai Penyertaan Atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024

Seramai 26 orang atlet Malaysia yang akan mengibarkan cabaran di Sukan Olimpik Paris 2024 melibatkan 10 jenis sukan seperti terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf, dan olahraga. Ini merupakan senarai penuh atlet:
  • Bertrand Rhodict Lises: Terjun (Men’s 10m Platform) – Debut
  • Nur Dhabitah Sabri: Terjun (Women’s 3m Springboard)
  • Khiew Hoe Yean: Renang (Men’s 400m Freestyle) – Debut
  • Tan Ruoxin: Renang (Women’s 100m Breaststroke) – Debut
  • Nur Shazrin Mohamad Latif: Sukan Pelayaran (ILCA 6)
  • Khairulnizam Mohd Afendy: Sukan Pelayaran (ILCA 7)
  • Jonathan Wong: Menembak (10m Air Pistol)
  • Ariana Nur Dania: Memanah (Women’s Individual and Women’s Team) – Debut
  • Syaqiera Mashayikh: Memanah (Women’s Team)
  • Nurul Azreena Mohamad Fazil: Memanah (Women’s Team) – Debut
  • Nur Aisyah Mohamad Zubir: Berbasikal (Road) – Debut
  • Dato’ Azizulhasni Awang: Berbasikal (Sprint and Keirin)
  • Muhammad Shah Firdaus Sahrom: Berbasikal (Sprint and Keirin)
  • Nurul Izzah Izzati Mohd Asri: Berbasikal (Sprint and Keirin)
  • Mohamad Aniq Kasdan: Angkat Berat (Men’s 61kg) – Debut
  • Aaron Chia and Soh Wooi Yik: Badminton Men’s Doubles
  • Pearly Tan and Thinaah Muralitharan: Badminton Women’s Doubles – Debut
  • Chen Tang Jie and Toh Ee Wei: Badminton Mixed Doubles – Debut
  • Goh Jin Wei: Badminton Women’s Singles – Debut
  • Lee Zii Jia: Badminton Men’s Singles
  • Gavin Kyle Green: Men’s Golf (Men’s Golf)
  • Ashley Lau Jen Wen: Women’s Golf (Women’s Golf) – Debut
  • Azeem Fahmi: Men’s 100m Olahraga

Pembawa Bendera Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024

Pembawa bendera membawa bendera kebangsaan negara mereka semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik. Pembawa bendera Malaysia untuk temasya Sukan Olimpik Paris 2024 ialah penerjun berumur 19 tahun, Bertrand Rhodict Lises dan pelayar berumur 25 tahun, Nur Shazrin Mohamad Latif.

Bertrand dan Nur Shazrin turut disertai Nur Dhabitah Sabri (terjun), Khairulnizam Mohd Afendy (pelayaran), Ashley Lau (golf) dan Tan Rouxin (renang) di atas bot yang turut membawa delegasi dari Malawi dan Maldives itu.

Atlet wanita memakai baju kurung songket dengan kelubung manakala atlet lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga turut disertai Chef de Mission, Datuk Hamidin Mohd Amin, bersama timbalannya Datuk Nicol David, serta ketua perubatan kontinjen, Dr Jasmiza Khuzairi Jasme dan pegawai keselamatan Majlis Olimpik Malaysia, Ang Li Pei.


Post a Comment

1 Comments

  1. Tak berapa layan Olimpik kali ni.. tapi Paralympic mmg layan.. alhamdulillah dah 4 medal kita dapat

    ReplyDelete