Salam Ramadan 1446H . | Assalamualaikum. Hari ini, 11 Ramadan 1446H. Kita dah melalui 1/3 dari bulan Ramadan. Alhamdulillah. Moga baik-baik semuanya. Agak lama tidak mencoretkan sesuatu di blog sendiri. Lebih banyak berdiam sejak kebelakangan ini dari media sosial. Baik d blog, facebook atau instagram. Ha tapi, di tiktok aktif ya. hihi. Banyak buat video si manja meow-meow.
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada 02 Mac 2025 yang lalu iaitu hari Ahad. Sepanjang tempoh 10 hari ni, Cik Rose berbuka puasa dengan juadah air tangan sendiri dan juga bazar. Eh mana boleh tak singgah bazar. Sekadar melihat-lihat yang menarik, ada yang terbeli kan. Murtabak menu wajib kalau singgah bazar. Cik Rose suka murtabak petak kecil tebal tu. Memori macam kat kampung Cik Rose. Ada pelbagai jenis murtabak sekarang ni kan yang dijual. Pilih sahaja ikut mahumu. Cewahh..
Di kesempatan ini, Cik Rose kongsikan juga Niat Puasa Ramadan dengan semua pembaca. Bacaan niat sebulan dan bacaan niat setiap malam. Moga bermanfaat buat semuanya.
Solat Tarawih. Jangan tersalah sebut pula menjadi tawarih. Gurauan sahaja ya. Jom kita refresh bersama. Ada yang memilih untuk solat di Masjid atau Surau. Ada juga yang memilih untuk solat di rumah.
Moga dapat kita jalani bulan Ramadan dengan baik hingga ke penghujungnya.
Selamat berpuasa semua:)
Kredit gambar : perkongsian di facebook
0 Comments