Kisah Si Sulong Kitty dan Si Bongsu Jenny | Alhamdulillah bertemu kembali

Kisah Si Sulong Kitty dan Si Bongsu Jenny.


Kisah Kitty dan Jenny yang mendebarkan. Lama Cik Rose simpan sebab perasaan bercampur baur. Sedih, risau, takut semua ada.

Cik Rose ada 8 anak bulus. Kitty, Layla, Layli, Ben, Kuci, Abby, Orkid dan Jenny. Anggaran umur dari setahun ke 8 tahun. Yang paling senior adalah Ben. Tapi, dek kerana Kitty tu anak pertama Cik Rose ada, dan jaga dari kecil, makanya Cik Rose anggap Kitty lah yang sulong. hihi. 

Ceritanya, Cik Rose bertukar tempat  bertugas dari  Johor ke Kedah. Jadi, Cik Rose bawa balik semuanya ke Kedah, naik kereta sama-sama. Ada yang Cik Rose letak dalam carrier, dalam sangkar dan ada yang lepas bebas dalam kereta. Alhamdulillah semua ok.

Sampai sahaja di Kedah, Cik Rose transit mereka di Hotel Kucing sebab  belum dapat rumah lagi. Lebih kurang 8-9 hari mereka di hotel. Biasalah duduk hotel, ada yang behave, ada yang protes. hihi. 

Alhamdulillah, Cik Rose dah dapat rumah dekat dengan tempat bertugas. Jadinya, bawa mereka semua ke rumah baru. Hari pertama di rumah baru, semua masih ok. Behave. Nak dijadikan cerita, hari kedua iaitu pada 1 September (Isnin) dalam pukul 10 pagi, suami Cik Rose pergi ke rumah untuk cat sikit dinding. (Kami duduk rumah mertua sementara rumah kuarters siap kemas). Beliau call Cik Rose, maklumkan yang Kitty dan Jenny tak ada di rumah. Aih, terkejut sangat masa tu. Beliau perasan yang lock tingkap ruang tamu tu terbuka sikit dan ada dua ekor cicak kat lantai yang mati. Mungkin, mereka nak ambil cicak tu dan kaki terbuka lock tingkap tu. Tu yang terlepas. Mujur yang lain-lain tak ikut. 


Cek cek cek cek cek cek itulah bunyi cicak
ceh ceh ceh ceh ceh ceh maka jawab ibu cicak


Cik Rose di tempat kerja, hati dah tak tenang. Memikirkan ke mana mereka. Maklumlah kucing indoor kan. Tak pernah keluar. Lagipun rumah baru. Manalah pandai nak balik kalau terlepas. 


Cik Rose google Doa mencari kucing yang hilang. Cik Rose ulang-ulang baca, berserta zikir ‘Ya Allahu Ya Shaahid’.





Suami cari sekitar kawasan rumah, tak ada. Tengahari Cik Rose balik rumah cari. Tak ada. Cik Rose minta tolong akak security tengok-tengokkan kalau ada. Cik Rose send gambar di bawah ni. Petang Cik Rose balik kerja, cari lagi. Send lagi gambar ni pada adik student kat sini. Manalah tahu kot-kot ternampak. Kami suami isteri naik motor mencari satu kawasan perumahan ni, pun tak ada. Jumpa kucing luar, Cik Rose pesan juga.





Waktu Maghrib, hujan. Hati ni bertambah risau sebab Kitty ni takut hujan dan guruh. Lepas maghrib, suami naik motor lagi mencari. Cik Rose duduk tepi tingkap, goncang bekas makanan dan panggil nama Kitty dengan nada yang selalu Cik Rose panggil.. Kitty, Kitty, Kitty nomey nomey Ieja ni…

Tiba-tiba encik security panggil, dan tanya dah jumpa ke kucing? Beliau cakap dalam longkang belakang ada kucing warna oren + putih. ~ Eh tu Kitty tu. Cik Rose apa lagi berlari keluar rumah dan pergi tengok. Ya, betul tu Kitty. Cik Rose terjun longkang sambil panggil nama dia. Dia datang, dan Cik Rose terus dukung dia. Bulu dia kotor warna hitam dan basah sikit 😅 Cik Rose percaya dia menyorok dan bila dengar hujan dia keluar sebab takut.

Alhamdulillah, Alhamdulillah. Kitty berjaya dijumpai selepas satu hari hilang. Cik Rose terus bawa masuk bilik dan banyak dia minum. Lepas tu, dia baring. Penant agaknya. Cik Rose lupa nak ambil gambar sebab hati masih gundah. Jenny masih belum dijumpai.

Proses pencarian Jenny diteruskan keesokkan harinya. Dari pagi membawa ke tengahari. Time tengahari tu Cik Rose balik rumah mencari lagi. Kemudian, jam menunjukkan pukul 1.50 tenghari. Lagi 10 minit Cik Rose kena masuk kerja. Suami keluar naik motor lagi mencari. Cik Rose terus buka pintu rumah. Cik Rose buka tingkap. Cik Rose panggil nama dia. Jenny, Jenny. Jenny. Cik Rose goncang-goncang bekas makanan.

Lepas tu, ada dua ekor burung kecil datang kat tingkap. Cik Rose pesan kat burung tu. Burung, tolong cari Jenny ye. Kalau jumpa Jenny, suruh Jenny balik. Cakap kat dia, Ija cari. Ija tunggu. Seekor burung terbang. Cik Rose ulang lagi pesan kat seekor lagi. Kemudian, burung tu pula terbang.

Cik Rose teringat nak buat bunyi macam Jenny selalu buat. Dia mengiau bukan meow meow. Tapi bunyi macam pistol. 😆 piu piu piu… laju dan kuat. (Suami Cik Rose ketawa je dengar setiap kali Cik Rose tiru bunyi Jenny ni.) Apalagi, Cik Rose pun buatlah bunyi tu. Laju dan kuat. hihi. piu piu piu. 
Lepas tu Cik Rose diam. Tiba-tiba Cik Rose terdengar bunyi yang sama. Eh tu bunyi Jenny! Betul ke ni. Cik Rose berlari ke pintu utama. Alangkah terkejutnya Cik Rose bila nampak Jenny di luar pintu rumah. Cik Rose panggil dia, dan dia berlari masuk rumah.

Ya Allah Jenny. Jenny balik. Alhamdulillah Ya Allah. Sian dia. Dua hari hilang. Akhirnya kami kembali bersama. Jenny ni dahlah tidur pun mengigau. Macam manalah Cik Rose tak risau. 

😭😭😭

Pengalaman yang mendebarkan. Janganlah diduga sebegini lagi. Terima kasih buat semua yang sama-sama membantu mencari Kitty dan Jenny. Yang mendoakan Kitty dan Jenny agar dijumpai.

Tragedi September sungguh ni. Salam perkenalan di tempat baru 😂


Untuk yang mengalami peristiwa macam Cik Rose ni bolehlah amalkan baca doa dan zikir yang Cik Rose kongsikan tu. Di samping tu, usaha cari di kawasan sekitar. Kalau jumpa haiwan yang lain, pesan je. Kita tak tahukan. Kita usaha sahaja. Moga semuanya baik-baik sahaja.


Post a Comment

0 Comments