Sepertinya semangat itu entah ke mana. Menulis, padam, menulis kembali, dan teruskan padam. Begitulah setiap kali buka blog, ingin mengarang ayat. Idea datang, tapi jari seakan kaku. Tidak mahu mengikut kata-kata yang muncul di fikiran. Diri ini tidak berubah.Tetapi, banyak perkara yang berlaku, yang telah mengubah diri ini. Tak mahu mengakuinya, cuba menafikan. Namun, itulah yang terjadi.
Lama tidak membaca blog-blog yang lain. Lama benar meninggalkan dunia blog. Dek kerana mengejarkan video-video pendek. Ingin hiburkan hati sendiri, mencari video yang boleh membuat diri ini ketawa. Entah normal atau tidak, tak jumpa pula video sebegitu. Mungkin kerana hati sudah tawar?
Kawan-kawan, jaga diri. Jaga emosi. Jangan diturutkan perasaan duka terlalu lama. Tak salah untuk kita mengingati, berasa sedih dan menangis. Lepas tu, cepat-cepat bangkit untuk jalani hari seperti biasa. Yang salahnya bila kita tak menangis. Pura-pura kuat dan pendam sahaja perasaan. Cuba untuk tenangkan orang di sekeliling kita. Hinggakan kita terlupa apa itu sedih. Apa itu menangis. Ya,mungkin inilah yang terjadi pada diri ini. Bukan tak nak, tapi tak boleh. Sukar untuk menangis.
Menginjak ke 3/4 tahun 2025 ini, diri ini berazam ingin berubah. Ingin jalani hari seperti biasa. Mahu menikmati kehidupan seperti biasa. Tidak mahu terkurung dalam emosi lama.
Doakan diri kita dan orang-orang sekeliling kita semoga semuanya baik-baik sahaja.
Yeahhhh...
0 Comments