TAHUN 2026 | ADA DI ANTARA DOA-DOA KITA YANG LALU TELAH TERJAWAB. Assalamualaikum. Tahun baru telah menjengah hari ke lapan. Perlahan-lahan ia berlalu. Ada yang merasakan waktu pantas berlalu, dan ada juga yang berpendapat masa bergerak perlahan.
Sedar tak sedar entry terakhir di blog ini adalah pada bulan September 2025. Selama lebih 3 bulan senyap di sini. Tak rasa untuk menulis, rasa itu tidak hadir. Banyak masa di laman sosial yang lain. Sekadar membaca dan melihat perkembangan semasa.
Dalam tempoh 3 bulan ini juga banyak perkara dah berlaku. Sukar untuk difahami pada mulanya. Namun, perlahan-lahan cuba belajar dan berdamai dengan apa yang telah tertulis.
Di kesempatan ini, Cik Rose mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026. Lihatlah gambar di bawah ni, hasil janaan chatgpt. Cik Rose bersama anak-anak bulus. Kitty, Ben. Layla, Layli, Kuci, Abby, Orkid dan Jenny.
PERUBAHAN ANGIN
Sudah berbelas tahun merantau ke Negeri orang, bila tiba masa kembali ke Negeri sendiri, sudah tentulah ianya mengambil masa untuk diri ini menyesuaikan diri. Dengan keadaan persekitaran rumah dan juga tempat bertugas. InsyaAllah, moga dipermudahkan semuanya. Mohon doa dari rakan-rakan yang membaca blog ini untuk mendoakan Cik Rose. Alhamulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
PEMERGIAN YANG TIDAK TERDUGA
Pada 11 November 2025, mak mentua Cik Rose telah pergi buat selama-lamanya. Belum pun hilang kesedihan, ayah mentua pula dijemput Ilahi pada 17 November 2025, hanya berselang 6 hari. Tak pernah terlintas perkara ini akan berlaku. Mohon bacakan ayat suci AlQuran, AlFatihah dan Al Ikhlas buat semua yang telah meninggal dunia.
BERALIH KE FASA BARU
Alhamdulillah, anak sedara perempuan Cik Rose telah bernikah pada 20 Disember 2025. Dania dah kahwin! Macam tak percaya ye, masa cepat sangat berlalu. Dulu, kecil je. Sekarang dah besar. hihi. Moga yang baik-baik buatmu anak.
Benarlah apa yang Cik Rose baca, ada satu ayat di muka buku. Kita hari ini adalah hasil dari doa-doa kita yang lepas. Ada dia antara doa-doa kita yang lalu terjawab hari ini. Mungkin kita tidak sedar, tapi itulah yang terjadi. Bumi berputar, masakan berlalu.
0 Comments