Terperangkap dalam memori lama | Apakah maksudnya?

Terperangkap dalam memori lama | Apakah maksudnya?


Assalamualaikum. 

Sesekali menjengah ke ruangan ini. Seakan ingin berkongsi rasa. Ingin keluarkan semuanya apa yang terperangkap di dada. Namun, terhenti seketika. Persoalan menerjah fikiran. ~ Perlukah aku menulis? ~ Perlukah diceritakan? ~ Perlukah orang tahu? - Lantas,ianya terkubur. Terhenti di situ. Lama.. Ya.. Nokhtah.


Pernah tak korang rasa nak berkongsi cerita. Tetapi,ada satu perasaan yang menahan. Memikirkan kewajarannya. Memikirkan 'apa orang akan kata?


Itu perkara yang sekian kali mengganggu kita. 


Pagi ini, Cik Rose terusik dengan ayat ' TERPERANGKAP DALAM MEMORI LAMA'.  Apakah maksudnya? Sefahaman diri ini, ia menjurus kepada perasaan atau tingkah laku kita yang masih tidak mahu atau tidak boleh ke hadapan. Kita mahu hidup dalam memori, cara dan suasana yang lama. Sedangkan sesuatu perkara itu telah berubah dan telah hilang. Adakah ini normal atau ianya tidak normal?




Maka, sengaja Cik Rose tanya pada Google dan di bawah ini adalah penerangannya : 


Terperangkap dalam memori lama sering dikaitkan dengan gangguan memori, trauma, atau keadaan neurodegeneratif. Gejala ini boleh berpunca daripada demensia, strok, atau gangguan otak lain, yang menyebabkan individu hidup dalam masa lalu, melupakan masa kini, atau mengalami kesukaran membentuk ingatan baru. Rawatan bergantung kepada punca, merangkumi pengurusan stres, nutrisi seimbang, dan sokongan mental. 

Punca dan Sindrom Berkaitan
  • Penyakit Neurodegeneratif/Demensia: Kehilangan memori secara beransur-ansur boleh menjadi tanda penyakit otak seperti Alzheimer atau demensia lain, di mana memori jangka panjang kekal kuat manakala ingatan jangka pendek hilang.
  • Amnesia: Berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan kehilangan ingatan akut.
  • Gangguan Kesihatan Mental: Trauma atau tekanan melampau boleh menyebabkan seseorang "terperangkap" dalam peristiwa lampau.


Langkah Pencegahan dan Pengurusan
  • Kesihatan Fizikal: Makan makanan seimbang, tidur yang cukup, dan kekal aktif secara fizikal/mental.
  • Pengurusan Risiko: Menguruskan stres dengan baik, berhenti merokok, dan elakkan alkohol berlebihan.
  • Keselamatan: Memakai peralatan keselamatan (contoh: topi keledar) untuk mengelakkan kecederaan otak.

Jika keadaan ini berterusan, ia memerlukan pemeriksaan neurologi atau psikologi untuk diagnosis lanjut. 


Kalau kita baca penerangannya, ia lebih kepada sindrom atau ke arah sains. 
Tapi, bukan ini maksud Cik Rose.
Macam mana ya, nak terangkan.

Contohnya, orang yang kehilangan insan tersayang atau barang kesayangannya.
Insan atau barang itu telah lama pergi atau hilang. Namun, beliau sukar untuk
menerimanya. Dan sering teringat-ingat hingga selalu memikirkan, jika dan kalau
insan/barang itu ada,ianya akan begini dan begitu.

Boleh faham tak maksud Cik Rose? hihihi.

Hentikan pemikiran 'KALAU'. Kita akan susah untuk teruskan kehidupan ini jika ada 
perkataan KALAU di minda yang sering mengganggu kita. 

Apapun, moga yang baik-baik buat kita semua.

Hiduplah dengan tenang dan aman.

Post a Comment

0 Comments