1,2,3 Mula.

October 31, 2011

Hari ini 31 Oktober 2011.

Permulaan yang baru untuk saya. Walau dah berulangkali menggerakkan jari ini untuk 'berblog', namun usaha itu hanya separuh jalan. Mungkin kerana hati ini tidak bersungguh-sungguh. Kali ini saya cuba untuk menetapkan hati supaya melakukan sesuatu perkara tidak hanya separuh jalan. Bukanlah seperti kata pepatah, 'hangat-hangat tahi ayam'.

Saya berharap kali ini saya akan lebih berpendirian. Bukan sahaja untuk 'berblog'. Malah dalam kehidupan seharian. Kerana saya sering mengubah keputusan di saat-saat akhir. Hati ini sungguh lembut tatkala mendengar cakap-cakap orang sekeliling. Kenapa kita sering mengubah keputusan di saat-saat akhir? Mengubah keputusan apabila di pengaruhi oleh orang sekeliling?

Izinkan saya untuk berkongsi satu hadis mengenai TETAP PENDIRIAN.


sumber dari:JAKIM

Tajuk :
Tetap Pendirian
Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”


 
Riwayat Ahmad






 
 

Huraian
1. Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah S.W.T.
2. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.
3. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.
***berharap dapat menjadi lebih berpendirian dalam kehidupan seharian:)
dan tidak tunduk kepada pengaruh-pengaruh yang tidak baik.



                                                                                                             Ros.reeza  

You Might Also Like

2 comments

  1. saya terjah balik entry pertama ros. hihi

    ReplyDelete
  2. ooo di sini segalanya bermula..hehe nurul tak ingat sbb blog yang awal terdelete.huhu..kesiankan?btw salam kenal

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion