Susulan dari Entry Menara Taming Sari tadi, kali ni saya nak cerita berkenaan penginapan pulak.. Bila dah sampai Melaka pun dah malam, tanpa persediaan apa-apa kan, kami pun carilah hotel yang sesuai.. saya cari guna Encik Google je.. Then, terjumpa satu blog yang review hotel ni.. Terus on GPS nak cari hotel ni.. Dekat je sebenarnya.. Hotel ni pun sesuai untuk percutian bajet macam kami ni.. Tapi, memang best hotel ni.. Kira selesa la bilik dia. dari jauh dah nampak, bangunan dia warna oren :)
Maklumat lanjut boleh ke website dia : http://www.dreamsuites.com.my
Alamat hotel ni :
Dream Suites Hotel,
163, Jalan Laksamana Cheng Ho,
75000 Melaka
Malaysia
Tel : 06 283 9800
Fax: 06 283 9800
email : dreamsuiteshotel@gmail.com
Jom tengok sikit rupa hotel ni .. hihihi..
Kami ambil semalam je, RM82.00. Dia kata ada offer.. Kalau tak RM112.90.
Eh, macam promosi pula entry ni kan.. Tak apa la, tak salah kita berkongsi kan.. Keseluruhannya saya berpuas hati.. Tempat parking pun ada dan selamat :)
Gambar dalam bilik hotel memang saya tak ambil ye.. Saya memang tak suka nak ambil gambar dalam bilik hotel.. Penakut nak tengok nanti.. hikhik.. Tapi, memang selesa ye.. Jangan risau :)
Jom cuti-cuti Malaysia :)
Jom cuti-cuti Malaysia :)
7 Comments
lama tak balik melaka... rindu pulak nak balik sana...
ReplyDeletepenakot nak tengok tu, tgk ape??
ReplyDeletehehe.
Jauh tak dr bandar di hilir? Kalau leh jln itu sdh baguih
ReplyDeletemelaka best.parking satu temapt. merata boleh jalan kan
ReplyDeletelaa.. takot apanya? nape x amek je dear? nk gak tgk.. huhu... tu rege utk sepasang ke sorang?
ReplyDeletenext time boleh cuba stay kat sini lah !
ReplyDeletekat melaka mmg banyak hotel. kalo nk pegi tu gamble je kan. takyah nk booking2.
ReplyDelete