MELAKA PART 4 : Melaka Wonderland Theme Park & Resort



Hari ni entry berkenaan Melaka je ye..  Jangan marah k..hihi..

Sambungan dari entry yang ini . 

Kali ni nak cerita berkenaan satu lagi tempat menarik di Melaka. Alkisahnya, masa on the way nak balik, dari bandar Melaka nak menuju ke highway... Suami saya tanya saya, kat mana tempat yang ada Dinasour boleh gerak-gerak dan bunyi tu?.. Saya macam hairan la kan.. Tak pernah dengar pun.. Pastu beliau cakap, ada la..  Pernah tengok kat tv. Apalagi, saya pun google la kan.. Oh, memang ada rupanya.. Dekat Melaka Wonderland Theme Park tu.. Kalau menuju ke highway, dia belah kiri.. Zoo Melaka tu belah kanan.. 

Jadi, kami pun menuju la ke sana.. Sampai kat sana, nak masukla kat tempat dianasour tu.. Nak beli tiket la kan.. Sekali, akak jaga tiket tu kata, "tak nak masuk thempark ke?.. mandi-mandi?.. Kat dalam taman dinasour tu, tak ada apa kak. Replika dinasour je.." Pulak dah.. Malas nak masuk taman air tu.. Saya ni jenis yang takut air. Kalau masuk pun, memang tak main lah kan,. Buat rugi je nanti.. Hari tu gi Wetworld kat Batu Pahat pun tak mandi.. hahaha...

So, kitorang buat keputusan, tak masuklah.. Bergambar je kat luar tu.. hihi.. Saya ada jugak tanya suami saya, nak masuk ke?.. Beliau malas pulak.. Sebab tak ada baju salin nanti.. hihi.. Kan dah kata percutian tak dirancang.. hihi.. Jangan ditanya kenapa saya pakai baju yang sama malam sebelumnya dengan esoknya kan. hikhik..


Inilah dia :-



Ada yang berminat nak pergi ke?..

Ni alamatnya ye:

 Melaka Wonderland Theme Park & Resort
   Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 
75450 Ayer Keroh, Melaka.

Harga tiket :

Water Park                         Adult       Child                  
Weekdays (Tuesday - Friday)   RM28.00   RM22.00
Weekends (Saturday - Sunday) RM32.00   RM27.00
Senior Citizen                      RM16.00   RM16.00

Dinosaur Park                     Adult       Child
Weekdays (Tuesday - Friday)    RM15.00   RM10.00
Weekends 
(Saturday - Sunday)  RM15.00   RM10.00
Senior Citizen                       RM10.00   RM10.00

**Tutup pada setiap hari Isnin.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke websitenya :-



Kalau bawak budak-budak memang best ni.. So, apalagi.. Jom ke sana...


~~Cuti-cuti Malaysia~~ lalalalala~~





Post a Comment

4 Comments

  1. tak pernah singgah lagi sini.. dekat tol kan..

    ReplyDelete
  2. la.. sygnye x masok.. lain kali rancang ye.. ;p

    ReplyDelete
  3. yg tak rancang la selalu nya menjadi kan.

    ala tak kisah pon. hihi.jjni pakai baju k.

    bagus n3 lengkap. semuanya ada.

    ReplyDelete
  4. akak pergi kan dik.. masuk time buka.. keluar time nak tutup.. tu pon tak puas main.. hahaha..

    ReplyDelete