KARI AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH

January 17, 2014



Ok, hari ni kan saya cuti. Maklumlah, kite kan keje kat Johor.. hihihi.. Selamat bekerja bagi yang bekerja hari ni :)

Jadi, hari ni nak buat entry masak-masak je.. hahahha.. 

Ni kisah masa hari Selasa lepas. Cuti Maulidur Rasul kan. Tak buat apa pun, suami pun kerja.. Jadi, merajinkan diri memasaklah uols.. Buat menu simple je. Kari ayam. Permintaan dari suami.. Jadi, saya buatkanlah... Saya ni bab kari, tak terror lagi. Mesti bila buat kari jadi pekat, sebab terlebih rempah.. muahahaha.. Iyelah, orang masak guna rempah tu agak-agak je. Yang saya ni masak macam nak buat kenduri je gaya rempahnya.. 

Oklah, tanpa membuang masa saya nak kongsikan resepinya. Ni cara saya, mungkin tak sama dengan anda. Iyelah, saya ni bukan masterchef allstar, cuma masterchef junior jerr.. Hihihihi,,,


Bahan-bahan
(saya masak ikut sukatan ayam saya)

5 ketul ayam
2 biji ubi kentang

5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Sedikit halia
(dikisar)

Kayu manis
Buah pelaga
Bunga Lawang

Rempah kari daging (agak-agak je ye)
Serbuk cili
(rempah dan serbuk cili bancuh dengan air)

Santan
Garam
Minyak


Cara-caranya :

Panaskan minyak. Masukkan 3 sekawan(kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga).. Bila dah harum, masukkan bahan yang dikisar. Tumis sampai naik bau dan kekuningan bawang tu. 

Lepas tu, masukkan rempah dan serbuk cili. Tumis hingga masak. Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang. Kalau kering, tambahkan air. Tutup periuk/kuali. Bagi ayam tu cepat empuk. Bila ayam dah masak, masukkan garam. Last sekali masukkan santan. Perlahankan api dan kacau je.. Tadaaa, dah masak pun kari ayam yang sedap lagi simple :)

Ni gambar masa kat dalam kuali :




Tadaa, inilah kari ayam saya.. 




Jemput makan semua ....


Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH


You Might Also Like

28 comments

  1. thanks share resepi.rasa lapar plak.hehe

    ReplyDelete
  2. nampak sedap..boleh cuba ni..saya pun tak pandai masak kari..hehe

    ReplyDelete
  3. teringin nk buat kari ayam utk suami. tp dia sah2 xmkn. sup ayam jea dia makan. kari2 dia xsuka. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kalau husband tak suka, baik jgn buat. Hihi. Nanti kita je yg kena habiskan ;)

      Delete
  4. Sedapnye kari ayam...
    akak pun cuti jugakkk..hehehe

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa.. cikna mmg hantu kari tp masaknya tak reti.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cuba tak tahu kan. Entah entah Chic Na lagi pandai masak dari kak Ros ;)

      Delete
  6. ok la ni. janji ada rupa kari + rasa kari. maka kari lah jadinya kan.
    nak senang ros guna yg peket kecik tu. ciksu guna peket kecik la. jenama Alagapas. hihi. balik kedah ciksu beli seplastik. dok ada 10bungkus. amik dua jenis. senang + lagi murah + nak masak pon senang. hihi

    ciksu jrng beli yg paket besar sbb masa mula kawin dulu beli mcm tu la, pastu x rajin masak, rempah macam dh masuk angin je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a ciksu. Mula tu konon nk jimat beli paket besar. Last last masuk angin. Heee. Sekarang beli paket kecik juga

      Delete
  7. Ad nmpk pekat ye tu..tp sedap je.ni klu xabis mkn bt roti jala..sedaptu bt cecah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cicah roti jala, cucur, emmm sedap

      Delete
  8. kalau tambah kicap mesti lagi sedap ni kak.. masak kicap ayam berempah kari.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh yeke? Tak pernah pula buat mcm tu

      Delete
  9. oklah tu..jadi juga karinya..yg penting sodappp

    ReplyDelete
  10. pekat la sedap rose.. deqla pun suka buat pekat2...lebih kurang jer cara masakan rose ni ngan cara deqla masak.. heee.. mmg simple kan...

    ReplyDelete
  11. Kelihatannya sedap
    Terima kasih atas resepnya :D

    ReplyDelete
  12. Tiba-tiba terasa lapar plak.. hehheheee.. ok, pasnie nk terus beli ayam.. nak terua buat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh dah buat ke.. Thanx sudi mencuba;)

      Delete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS