TIPS UNTUK DEMAM DENGGI



Assalamualaikum



Ok, untuk pengetahuan semua, demam denggi ni memang tak ada ubat.. Penawarnya hanya air sahaja.. Sebab tu kalau di tahan wad pun, doktor suruh minum air banyak dan bagi mereka yang tak boleh minum kerana muntah, doktor akan masukkan air dalam badan... Memang tak ada ubat setakat ni... Tapi, masa saya nak gi hospital last week, saya ada berbual dengan pemandu teksi ni tau. Muda lagi, dalam lewat 20 an la.. Dia bawa teksi ni part time je.. Kerja hakiki dia berkenaan dengan bidang kajian ubat-ubatan.. Tapi, saya tak pasti kerja apa. tak tanya pun masa tu. Sebab lagi suka mendengar je time tu. Masa tu dok pikir macam-maca kan.. Risau kat Cik Abg kat hospital nu. Balik kejap nak ambik baju je masa tu.. Driver teksi ni kata, dah ada ubat untuk denggi. Tapi, masih dalam peringkat kajian.. Bila nak dipasarkan tu, tak tahu lagi... Ada juga driver tu bagitahu pengalaman dia kena denggi jugak...

Eh, berbalik kepada tajuk akat atas ni.. Saya nak kongsikan beberapa tips untuk pulih dari demam denggi. Kita hanya berusaha, Allah jua yang menyembuhkan segala penyakit...

1. Air mineral/air kosong/air masak.
Sama je kan?. hihi.. Sebenarnya kalau tak sakit pun, air memang penting untuk tubuh kita, kan?.. Tapi, bila kena demam denggi ni, lagilah penting.. Jangan tak minum tau. Memang kita akan rasa tak larat sangat nak minum. Tapi, cubalah gagahkan diri minum ye.. Untuk kesihatan diri sendiri juga :)

2. Minuman Isotonik/ 100 Plus.
Air ni pun penting jugak.. Untuk memberi tenaga buat yang mengidap demam denggi. Masa demam tu, comfirm kita tak lalu makan kan?.. Jadi, bila kita minum air 100 plus ni, sedikit sebanyak memberi kita tenaga juga.. Ada yang kata tak elok minum banyak-banyak.. Kandungan gula yang tinggi, dan boleh memudaratkan bagi yang ada gastrik.. Tapi, saya rasa, tak salah nak minum pun. Sebab bukan kita minum hari-hari.. Kita hanya minum ketika terkena denggi ni je, banyak-banyak.. Dan dah tentu kita pun tak nak kena denggi lama-lama kan?.. Lebih baik amalkan.. Pengalaman saya duduk hospital temankan Cik Abg, Doktor sendiri yang minta pesakit minum. Doktor tak bagi minum air masak je. Doktor suruh campur-campur minum dengan minuman manis yang lain.. Contohnya susu, milo, 100 plus dan lain-lain..

3. Sup Ketam.
Ok, sup ketam ni memang ramai yang cadangkan.. saya sendiri pernah dengar dari kenalan rapat. Bila Cik Abg masuk hospital, mak ayah, mak ayah mertua, keluarga, rakan-rakan, nurse, dan pesakit denggi sendiri yang cadangkan buat sup ketam. Tak lupa juga  buat teman-teman blogger yang wassap.. hihihi.. Memang saya ada buatkan. Tapi, nak habaq mai. Buat sup ketam untuk pesakit denggi bukan buat macam kita buat selalu tu.. macam yang kita dok makan kat restoran seafood tu.. No, No, No..ye.. hikhik.. Resepinya simple sahaja.. Hanya ketam,serai yang diketuk atau halia dan air sahaja.. Orang kata ketam Nipah lagi baik. Tapi, tak kisahlah kan ketam apa pun. Ketam tu ketuk sikit-sikit kat kaki dia tu bagi pecah sikit-sikit.. Masuk je dalam air dengan serai atau halia tadi. Biarkan.. Pastu dah siap.. Minum sup dia dan makan isi ketam tu... Kita berusaha je, Allah yang izinkan segalanya....

4. Air rebusan daun pucuk betik.
Ya, air ni pun amat baik tau.. Try la kawan-kawan.. Saya tahu ni pun dari mak ayah saya.. Pastu, mak ayah mertua saya pun ada juga beritahu.. Kalau minum awal, InsyaAllah, akan sembuh.. Saya buat agak lambat. Sebab tak ada pokok betik sekitar rumah. Maklumlah rumah flat di tengah bandar.. daun betik ni saya dapat buat bila mak ayah mertua mai dari Kedah masa dah dua hari suami saya dok dalam wad... Jauh berjalan daun betik tu.. hihi.. Senang je, caranya.. Pilih daun yang muda-muda, yang pucuk tu. Tapi, jangan ambik yang baru nak jadi daun pulak... Sekali  buat, ambik dalam 2 helai je.. Rebus dalam periuk. Agak-agak dah mendidih tu, dah la. Bila dah sejuk, bagi pesakit denggi minum.. Macam saya hari tu, say buat lebih sikit.. Pastu letak dalam tupperware, bawak pi hospital bagi Cik Abg saya minum. 

5. Air Jus Jambu Batu.
Yang ni saya dapat tahu dari teman FB. Pastu bila saya google, memang ada yang minum. Saya beli yang dalam kotak tu je. Yang marigold peelfresh tu... Tapi, Cik Abg tak minum banyak pun. Sebab takde selera. Lagipun, air jambu batu ni sejuk kan?...

6. Kurma/Jus Kurma
Saya bagi Cik Abg saya makan buah kurma je.. Tak buat jus masa tu. Sebab Cik Abg kata selagi boleh makan, dia akan makan. Tak perlu nak buat jus.. Dia lagi selesa kunyah je.. Alhamdulillah..

7. Air kelapa.
Air kelapa pun saya ada bagi Cik Abg minum. Tapi masa tu tak tahu yang Cik Abg kena demam denggi. Ingatkan demam biasa,.. Air kelapa  ni, doktor sendiri pun ada cakap pada saya masa Cik Abg kat dalam wad...

Ok, tips 1 sampai 7 ni memang yang saya bagi kat Cik Abg saya la.. Ada lagi beberapa tips yang boleh juga amalkan.. Antaranya :

8. Jus tembikai/buah tembikai.
Ok, yang ni memang ramai yang minum masa kat hospital. Saya nampak kat hospital, bila family dorang datang time waktu melawat, mesti bawak jus tembikai. Tapi, bila doktor atau nurse lalu, mesti dorang sorokkan air tembikai tu.. Tak tahu kenapa?.. Mungkin doktor larang kot?.. Eh tak tahulah saya.. saya tak bagi pun Cik Abg minum jus tembikai. Sebab dah banyak sangat jenis minuman yang dia minum kan.. Lagipun, tak terfikir nak beli Jus tembikai yang siap punya kat gerai. masa tu dok pikir , kat mana nak cari buah tembikai?.. Pastu macam mana nak angkut buah tembikai naik rumah flat tingkat 4?.. hahaha.. Blur masa tu kan.. 

9. Jus kiwi
Ok, jus kiwi ni pun bagus tau. masa saya kena suspect denggi, saya ada minum jus kiwi.. Pun saya beli yang dalam kotak marigold peelfresh je. Tapi, ada yang kata lagi baik kita beli buah kiwi dan blend sendiri je.. 


Tu je setakat yang saya tahu.. Ada lagi ke petua-petua lain?.. Kalau ada tulis kat kotak komen ye.. Tak salah kita bertukar-tukar petua untuk membantu yang memerlukan :)

Terima kasih!



Post a Comment

45 Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih.. Saya kongsikan apa yang saya tahu :)

      Delete
  2. betoi tu mmg ketam nipah yg seeloknya.
    bab pucuk betik pon iya. ciksu tnya blik cik abe dia lupa. call akak yg suami dia jena denggi tu dh tukar no. ciksu confius daun betik muda atau daun betik jantan. tu sbb x brani nk gtau. takut tersalah info.

    sbb mak mmber cik abe tu pon org jitra jugak.

    so, mcm mna setskat hari ni. makin menigkat ke bacaan platlet tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun betik muda ciksu.. Mak ayah Ros call bagitahu masa tu. Pastu mak mertua datang, dia bawa sekali daun tu. Hihi, daun betik kedah mari. Yelah masa tu Ros sengsorang kat Jb. Jadi macam mana tak tau, dok nangis la, apa la. Hikhik

      Delete
    2. Dapat minum berapa banyak air rebusan betik ?

      Delete
  3. tips berguna..

    jiran yui bru masuk hspital mlm td sbb dggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Yui. Kalau ada sesapa yang terkena, cuba minum air rebusam daun betik dulu di samping banyakkan minum air masak

      Delete
  4. Masa anak bunda kene denggi dulu bunda ada buat sup ketam dan beli jus jambu batu marygold yg pink tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sup ketam tu memang bagus Bunda. Jus jambu batu tu pun Ros bagi husband minum. Pendek kata, masa tu apa yang orang kata elok, semua bagi

      Delete
  5. ooo.. baru tau.. byk jugak eh petua dia.. boleh cuba nanti.. tq share ros.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Chic Na. Ros bagi je selagi boleh. Pesakit denggi ni kalau boleh kita minta dia minum sendiri. Sebab kat wad masa tu, doc kata kalau dapat minum sendiri lagi bagus. Tak perlu masukkan air dalam badan

      Delete
  6. bagusnya tips...senang pulak tu, taklah susah nak membuatnya

    ReplyDelete
  7. yup... pernah dgt tips2 nih.. yg slalunya doc suruh bykkan minum air masak la..

    ReplyDelete
  8. byk juga penawar denggi ni akak cuma tahu air,sup ketam n 100plus je,tq ros

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak.. Banyak juga.. Tapi memang air masak tu yang paling penting untuk tubuh kita

      Delete
  9. yang tau hanya sup ketam hehe

    ReplyDelete
  10. Sbnrnye memg byk penawar denggi cume kite kne rajin amalkan la

    ReplyDelete
  11. Yg penting byk minum air.....keyword dlm huraian di atas..hihihi...

    ReplyDelete
  12. @nuyui a.k.a miss YUI
    salam singgh disini yea...mekacih tips berguna ni

    ReplyDelete
  13. Salam...nak tanya... anak kawan saya umur 7bulan lebih sekarang kat ICU kena demam denggi.. boleh tak kalau bagi baby yang baru 7 bulan lebih minum air rebusan betik?

    ReplyDelete
  14. @Dayang wenmaaf ye.. saya tak pasti sama ada bayi boleh di beri atau tidak air rebusan daun betik tu. minta puan rujuk pada yang pakar ye.. saya doakan anak kawan puan cepat sembuh.. risau saya bila dapat tahu ni..

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Thanks Yun Sing;) boleh dipanjangkan tips ni nanti ya ;)

      Delete
  16. Sy minum 100 hari pertama dah kedua padlet darah 77. Hari ketiga minum rebusan ketam naik 105

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. Alhamdulillah saya hanya kongsikan berdasarkan pengalaman sendiri

      Delete
  18. akak pernah terjah entry ni,tapimasa tu penyakit malas komen memang kronik.hehe,apapun,tahniah untuk artikel terbaik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih akak, sudi lagi ke sini meninggalkan komen..

      Delete
  19. Tq lalink..ni haa akk sendiri tgh kena. Jap g nk g ambil darah lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama -sama kak.. Maaf lambat pula Ros membalas..

      Delete
  20. Salam bolgger...
    Penah suspect denggi masa blaja dulu, warded 4hari...huhuhuhu...minum air masak dan hundred plus je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye,memang air je penawarnya.. perlu kuat melawan ...

      Delete
  21. Info yang bagus,Tq atas sharing yang bermanfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menghargai entry ni :)

      Delete