Minat dengan bunga Orkid - INILAH REALITI

Sunday, 23 July 2017

Minat dengan bunga Orkid

Assalamualaikum, 

Bunga dan Cik Rose memang dah sinonim. Cik Rose pantang tengok bunga yang cantik-cantik, nak aje tanam kat rumah. hi hi hi. 

Baru-baru ni balik kampung, nampak Bunga Orkid mak lawa-lawa. Ada macam-macma warna pulak tu. Cantik je berderet-deret mak gantung. Hati ni melonjak-lonjak nak jugak! Aduhh duh..

Mak pulak seakan memahami, terus offer. Nak ke? Sepantas kilat bagi jawapan, NAK. Ha ha ha. Maka, dapatlah 4 pasu!

Warna yang menjadi pilihan Cik Rose, dah tentulah purple kan. Tapi, campur-campur kali ni. Ada purple, ada coklat kekuningan, purple gelap, lagi satu dah lupa pulak warnanya. Sebab bunganya baru sahaja 'habis' dan belum tumbuh bunga baru lagi.

Ok, kasi zoom sikit bunganya. Baru lepas siram, kan. Cantik je ada air, sekali imbas macam embun !



Ni pula warna colat kekuningan tu. Bunganya halus sikit.



Tanam bunga ni macam terapi jugak. Hati sejuk dan tenang bila nampak pokok yang kita tanam ni berbunga. Riang hati!

Tapi, nak menjaganya bukan mudah. Bukan main siram je. Kena jaga betul-betul. Kalau tak, memang rosaklah nampaknya.

Ada beberapa pokok bunga yang Cik Rose tanam sebelum ni dah mati tau. Sedihnya,bila tiba-tiba pokok diselaputi putih-putih tu. Lebih dikenali sebagai  hama mealy bug . Bila pergi kedai bunga, dia beri racun suruh sembur. Bila sembur, habis dengan pokok-pokok yang mati. 

Sebaiknya, kalau satu pokok dah terkena kutu putih tu, baik asingkan dengan pokok yang lain. Kalau tak, semua pokok akan rosak!

Seronok memang seronok tanam bunga, tapi kena belajarlah penjagaannya. Kalau tidak, sayang kan bila pokok jadi rosak. 


2 comments:

  1. akak ni klu iktkan cik rose, semua tanaman berbunga2 akak suke... semuanya cantik di mata, cumanya kalau nk tanam kt umah mmg tak lah rasanya... sbb akak ni bkn jns pandai n rajin menjaga bunga heheheh...

    kang idupnya seminggu dua je lps tu padam hehehehhe

    ReplyDelete
  2. Bunga orkid ni memang cantik2.
    Tapi agak susah nak jaga.
    Kena belai setiap hari.

    ReplyDelete