Tips Kurus | Pilih Sarapan Yang Berkhasiat Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Cepat

July 26, 2017

Tips Kurus | Pilih Sarapan Yang Berkhasiat Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Cepat | Assalamualaikum. Selamat pagi. Apa khabar semuanya? Moga baik-baik saja. 

Sarapan pagi. Rakyat Malaysia sinonim dengan bersarapan nasi lemak dan roti canai. Ini adalah pilihan yang tertinggi. Siapa yang suka makan nasi lemak dan roti canai juga, angkat tangan. Hi hi. 

Nak buat macam mana, dah terbiasa kan. Selain tu, ada juga mihun goreng, mee, keow teow, nasi goreng, kuih muih. Emm sedap!

Ada juga yang memilih roti. Letak marjerin, jem, mentega kacang dan lain-lain.

Pilihan minuman pula adalah kopi, teh, coklat, nescafe dan beberapa jenis minuman panas yang lain. Ada tak yang memilih jus oren? Wah sedap juga tu. Tapi, kalau perut tak biasa jangan dok minum pula. Nanti sakit perut.

Ok, baru-baru ni Cik Rose ada ke pasaraya berdekatan. Ternampak Yogood. Apa itu Yogood? Eh macam pelik pula bunyi soalan Cik Rose ni. Ha ha ha. Ianya sejenis cerial uols. Selalu Cik Rose beli Neste tu je. 

Tapi, dek kerana terpengaruh dengan officemate, tu yang beli ni. Cik Rose beli yang pack mini, ada 6 kotak. Pelbagai perisa. 

Tengoklah kat bawah ni, siap dengan susu coklat tau. Sarapan berkhasiat lah katakan.


Cik Rose cuba yang jenis Fruit & Nut Crunchy Muesli. Makan bersama susu coklat Dutch Lady.


Kasi zoom sikit, supaya lebih jelas. Hi hi.


Sedap ke tidak? 

Rasanya ok, cuma kalau korang tak biasa makan cerial memang akan rasa lain. Bagi pendapat Cik Rose , lebih sedap jika dibuat kudapan iaitu dimakan begitu sahaja. Sebab bila makan bersama susu, rasa muak pula. Makan beberapa sudu je dah terasa kenyang. Bagus, kan? Kalau amalkan memang boleh kurus ni. Yahoo. Cepat kenyang !

Masalahnya, Cik Rose tak amalkan pulak. Larikkkk. Ha ha ha. Tu yang kekal 'comel' je ni. Oppssss...

Korang boleh beli di pasaraya berhampiran. Macam Cik Rose, beli di Aeon Big Batu Pahat.

Aduhai kalau tengok tajuk entry Cik Rose ni, Tips Kurus lagi. Hi hi. Tapi, sendiri tak kurus-kurus. 

Cubalah amalkan, nak kurus ni jangan tinggal waktu sarapan. Dengan sarapan ni lah, kita ada tenaga untuk mulakan hari dengan aktif kan. 

Cuma terserahlah pada diri kita nak pilih apa. Cik Rose bukanlah kata korang kena beli Yogood. Cuma makanlah yang seumpama dengan khasiatnya.

Entry ini hanya review peribadi Cik Rose yang telah membeli Yogood sebanyak 6 pack mini di Aeon Big. Hikhik. 






You Might Also Like

4 comments

  1. cik nor minum susu & roti putih jer pagi2..hihi

    ReplyDelete
  2. Bagus cereal nih boleh try la nti

    ReplyDelete
  3. udahla minum ngn susu coklat dh jd tak kurus ni cik rose, mau blh bertambah2 ni hehehhe...

    ReplyDelete
  4. Saya suka cereals yang macam tu - pelbagai. Cuma kengkadang terpaksa fikir 2-3 kali, whether to buy or not to buy. Is it worth it? Sebab some cereals are too expensive. But duhhh, to get a healthy life, kita kena invest more money kan. As usual.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS