Friday, November 17, 2017

CARA MENANAM DAN CARA MENJAGA BUNGA ROS AGAR SUBUR DAN BERBUNGA


CARA MENANAM DAN CARA MENJAGA BUNGA ROS AGAR SUBUR DAN BERBUNGA | Assalamualaikum. Kalau yang follow Cik Rose di instagram dan facebook, mesti selalu tengok  bunga-bunga yang Cik Rose tanam kan. Bila upload, Cik Rose akan gunakan #minigardencikrose . Supaya senang Cik Rose nak tengok dan rujuk sendiri. 

Cik Rose tanam pelbagai jenis bunga, tapi yang paling banyak adalah Bunga Daisy, Bunga Ros (Mawar) dan Bunga Orkid. Untuk lebih detail, bunga Daisy ada tujuh pasu, bunga Ros ada empat pasu dan bunga Orkid ada empat pasu juga. Disamping bunga-bunga ini, ada juga beberapa bunga lain, nanti Cik Rose cerita lebih detail ya. 

Cik Rose sayang semua bunga-bunga Cik Rose. Tak ada pilih-pilih kasih. Jika sebelum ni, Cik Rose pernah buat entry khas Cara Penjagaan Bunga Daisy, kali ini Cik Rose nak fokus dengan Bunga Ros. Mungkin di masa akan datang, Cik Rose tulis tentang Orkid pula ya.

Setakat ini, Cik Rose ada empat pasu bunga Ros. Terdiri dari warna merah, putih, pink dan kuning. Manakala ada lagi satu pasu kecil baru cucuk batang. Alhamdulillah, bunga Ros merah dan putih berbunga dan subur. Tapi, Cik Rose mengalami masalah dengan Bunga Ros pink dan kuning. Ros pink berbunga tetapi tak nak kembang elok. 

Manakala Ros kuning pula macam nak mati. Daun mula kekuningan dan putik bunga gugur. Oh tidak. Risaunya hati ni. Mulalah bertanya kawan dan google macam-macma petua. hihi. Banyak benar petua yang ada tau. Kenalah try and error. Tapi, nak jaga bunga ni kena sabar. Janganlah nak bunga sentiasa. Ada prosesnya tertentu kan. 


Sekuntum mawar merah. Wahh ala -ala tajuk lagu uols. Mekar berkembang, Alhamdulillah. Belanja satu gambar dulu, buat penyejuk mata di awal entry. 


Bila Cik Rose letak gambar-gambar bunga Cik Rose di fb atau ig,ada yang bertanya tips penjagaan bunga Ros. Menurut mereka, bunga ros sukar untuk dijaga. Jujur di sini, Cik Rose bukanlah arif tentang bunga-bunga. Cik Rose masih dalam proses pembelajaran. Cik Rose tanya pada yang pakar iaitu pemilik kedai pokok bunga, banyak tips-tips yang mereka kongsikan. Tak lokek ilmu. Terima kasih. 

Juga Cik Rose tanya pada teman baik yang juga berkongsi hobi yang sama ketika ini. Kami bertukar-tukar cerita dan petua untuk perkembangan pokok-pokok kami. Sesekali Cik Rose tanya juga dengan pakcik Google. Hihi. Cik Rose dihantar ke blog-blog bunga. Wah cantik-cantik bunga mereka! Lagi bertambah semangat.


Selingan gambar kedua. Mawar putih, sesuci lebaran atau sesuci hatimu padaku? Eh bermadah pula ya. Be serious Cik Rose! Untuk pengetahuan pembaca blog ini, bunga Rose merah dan bunga Ros putih merupakan bunga Ros pertama yang Cik Rose beli berbanding warna pink dan kuning. Nanti Cik Rose tunjuk lagi gambar-gambar ya. 

Melihat perkembangan bunga Ros kuning dan pink Cik Rose, bikin hati jadi gelisah. Takut layu atau diserang penyakit. Ini kerana Cik Rose perasan warna daun seakan berubah. Janganlah macam tu. Gundah hati ini memikirkannya. 

Hasil dari pencarian Cik Rose di google, Cik Rose temui pelbagai tips dan petua penjagaan bunga Ros. Terima kasih buat semua. Ada yang Cik Rose buat dan ada yang belum buat. Iyalah mana boleh buat semua petua sekali gus. Dan Cik Rose juga tak nak jadikan bunga-bunga Cik Rose sebagai bahan eksperimen. hihi. Sabar memang kunci terbesar dalam penjagaan pokok bunga. 


Ini bunga Ros kuning Cik Rose. Gambar ni diambil masa baru beli. Terletak elok je uols. Terang warnanya dan banyak kuntumannya. Akan Cik Rose usahakan untuk mengekalkan ketahanan jangka hayat pokok bunga Ros ini. 

Ok, di sini Cik Rose selitkan cara menanam bunga Ros. Amat berguna bagi yang mula nak berjinak-jinak dengan bunga Ros. Ada caranya. Orang kata, bunga Ros ni manja dia lain sikit. Perlu perhatian lebih. iyeke? Kenalah cuba tanam, nanti korang tahu. 

Cik Rose rasa mula-mula je macam kita kena beri perhatian yang lebih berbanding bunga lain. Tapi, bila dia dah mula berbunga, emmm tengoklah. Memang happy tahap maksimum bila dia dah start berbunga!

Eh selingan gambar lagi, nak tunjuk bunga Ros yang mula banyak berputik bunganya. Tengoklah ni :



Cara menanam Bunga Ros


Antara tips-tips untuk menanam Bunga Ros adalah :

1) Pokok bunga ros memerlukan tanah hasil campuran tanah kompos ( yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar) , air, matahari dan sumber nutrien baja. Campuran tanah kena betul. Jangan letak satu jenis tanah je.  Cik Rose tak ada sukatan terperinci, Cik Rose letak ikut agak-agak ja. Iya, betul. Masa alih anak pokok ke pasu lebih besar, kena pastikan tanah kita tu betul campurannya. Jangan main salin pasu je tau.  


2) Pokok bunga ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit. Ini sangat betul. 


Masa Cik Rose beli anak pokok tu, penjual tu ada beritahu. Siram di bahagian tanah, jangan terkena bunga. Nanti bunga rosak. Hanya siram sekadar membasahkan tanah.Pastikan air disiram dengan jarak dan tekanan yang rendah. Ini dapat mengelakkan tanah tidak lagi gembur dan tidak lagi sesuai. 

Macam Cik Rose, akan siram setiap pagi sebelum pergi kerja dan lagi sekali pada waktu petang, lepas balik kerja. Untuk siraman pada waktu petang, Cik Rose tak siram dengan jumlah air yang banyak. Cukup sekadar membasahkan tanah, bergantung pada keadaan cuaca juga. 




3) Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Cik Rose beli tiga jenis baja dah setakat ni. Hihi. Tak adalah letak semua sekali. Semuanya secara berkala. Cik Rose try and error je kalau bab-bab baja ni. 


Ada yang kata, guna air basuhan beras dan  ikan  diletakkan bersama-sama kulit pisang pada pangkal pokok bunga ros kerana kulit pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros.  

Tips ni Cik Rose baru tahu. InsyaAllah, akan cuba nanti. Ada yang pernah cuba tak? Boleh kongsikan hasilnya dengan Cik Rose? 




4) Selain itu, kulit udang, dan ketam juga boleh digunakan sebagai penambah makro & mikro nutrien yang tinggi untuk pokok bunga ros. Oh ini belum pernah cuba lagi. 


5) Pokok bunga  ros yang telah habis berbunga perlu dicantas untuk menggalakkan dahan dan pengeluaran bunga. Kaedah Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boleh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak. Jangan dibiarkan je lepas bunga-bunga tu layu. Korang kena cantas tau. Nanti lagi banyak bunga yang akan tumbuh.

6) Jika korang nampak daun menjadi kuning dan akhirnya gugur, ini kerana kekurangan air. Air yang berkurangan membuatkan pokok bunga ros telah kekurangan air. Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini. Ini terjadi pada pokok bunga ros kuning Cik Rose. Sedihnya! 


Di bawah ni gambar masa baru alihkan ke pasu. Elok je dia. Tapi, lepas beberapa hari daunnya berubah kekuningan. Aduhai di mana silapnya. Sebab tu Cik Rose dapatkan banyak maklumat mengenai penjagaan pokok bunga ros.



Penyakit yang selalu menyerang  pokok bunga ros ialah:

1.Thrip-kutu halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk ,bunga, dan perlahan-lahan membantut pucuk bunga seakan-akan   'terbakar' seterusnya perlahan-lahan mati.

Kawalan  penyakit - Ia boleh dikawal dengan spray ridsect water base atau berasaskan air seminggu sekali atau sehingga simtom penyakit berkurangan. 

Pada peringkat serangan yang serius, pokok bunga ros harus dirawat dengan cara daun bunga dan dahan yang dipangkas terlebih dahulu,  di bakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari kawasaan tanaman pokok bunga ros . 

2. Blackspot- Merupakan penyakit sering terjadi di musim hujan. Penyakit ini lebih membahaya dari thrip biasanya.
Apabila diserang akan mengakibatkan 50 -50 hidup dan mati pokok. Ianya merupakan penyakit kulapuk atau kulat. spora kulat bercambah apabila daun atau batang lembab atau basah. 


Moga dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang juga mempunyai minat yang sama dengan Cik Rose. Seronok sebenarnya tanam bunga ni. Terapi minda dan mata. Sejuk mata memandang. 

Cuma kita perlu rajinlah. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Dan juga jangan abaikan pokok-pokok kita walau sehari. Kesian dia nanti merajuk tak nak berbunga. hihi. 


Petua orang tua-tua, selalulah bercakap-cakap dengan pokok bunga kita. Nanti pokok bunga tu bertambah subur dan mengeluarkan bunga yang lebat! Cubalah. Cik Rose memang selalu je berbual dengan pokok-pokok bunga Cik Rose ni ha. Hihi. Macam faham je bunga ros Cik Rose. Hikhik. 

Selamat menanam bunga!
Go green uols.






24 comments:

  1. sy tk rjin mnanam...husbn rajin...tp byk pokok dia mati..hehe

    ReplyDelete
  2. Wah rajinnya rose. Kembang bunga yang rose tanam. Cantik

    ReplyDelete
  3. Tenangnya tengok gambar gambar bunga mawar . Auni peminat bunga, taoi tak rajin nak tanam. Lebih suka tanam sayur. Hehe

    ReplyDelete
  4. CCL suka bunga mawar , tapi tak suka tanam sebab lambat berbunga ..

    ReplyDelete
  5. Wah rajinnya k.ros .... Suka bunga ros mcm nme k.ros..hehehe.. Kita nk tanam sini susah kucing suka sgt jahanamkan pkok bunga .. Hahhaa .

    ReplyDelete
  6. Rajinnya ros.. Ekin bab menanam fail lgi.. Kena ambik aura ni

    ReplyDelete
  7. Cantik2nya.. tgn oanas org kt.. smua menjadi..

    ReplyDelete
  8. Wahhh, cantiknya semua. Segar bugar. Tips yang sangat berguna kalau yg suka bunga Ros dan berhasrat nak menanam..

    ReplyDelete
  9. wahhh respekkk.. segar2 bunga ros nya.. nak tanam menanam ni orang kata tengok pada tangan gak.. klu tangan tu rasi menjadi lah tanamannya kan

    ReplyDelete
  10. Tabik spring kat cik rose.. Tak pernah tahu untuk tanam bunga rose kena ada campuran tanah. Boleh try lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye,kena campur. nanti takut tanah cepat padat, mendap dan lain-lain.

      Delete
  11. Lawaaa betul bunga mawar kak ros, mak pernah cuba tanam dulu, tapi tak menjadi. Nanti nk ajar mak tip2 yang kak ros ajar ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba nanti.. Ros pun banyak kali bereksperimen. hihi

      Delete
  12. Ya Allah.mmmekar sungguh, lawanya..kita beli sepasu...seminggu je hidup 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. nak kena tengok hari-hari. macam Ros, kalau sibuk sikit, kurang masa ke bunga-bunga ni, mulalah daun kekuningan. hihi

      Delete
  13. ketinggian pokok bunga ros ni kita boleh buat ikut cita rasa masing2 tak? sbb sy tak suka pokok bunga tumbuh tinggi sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh potong/kerat dahannya ikut kesukaan kita... tapi, memang ada yang jenis pokok tinggi, dan ada yang jenis rendah...

      Delete
  14. Saya setuju dengan tips baja ikan ketam cengkeram untuk bunga ros. Pernah cuba memang subur dan lebat.

    ReplyDelete
  15. Bunga rose saya tanam atas tanam. Tapi msaalahnya banyak perosak mcm ulat dll. Bagaimana cara nak selesaikan masalah tanpa guna racun perosak sebab sy ada bela binatang..

    ReplyDelete
  16. Rajin betul cik rose tanam bunga ros. Bunga ni kena jaga dengan rapi. Nak dibelai jugakkan.. Akak belum ada masa nak membela pokok ni.. Akak tanam pokok yang x berbunga je. Heheh

    ReplyDelete
  17. Cantiknya bunga-bunga.

    ReplyDelete
  18. sisyat suka bunga rose juga. dah ada macam2 warna dan sedang belajar cara nak jaga diorg ni..hehe

    ReplyDelete