STUDIO PERFECT SPF 15 FOUNDATION FROM MAC COSMETIC

Thursday, November 16, 2017
STUDIO PERFECT SPF 15 FOUNDATION FROM MAC COSMETIC | Assalamualaikum. Terus terang Cik Rose katakan yang Cik Rose bukanlah individu yang pandai make up. Wah guna perkataan ‘individu’ ok. Nampak formal sangat. Hihi. Yes, tak pandai make up tapi suka tengok orang yang make up. Cantik. Biasalah naluri ‘girl’ kan.  Teringin nak belajar, kekangan waktu je sekarang ni. Busy mengalahkan PM uols. 

Untuk entry hari ni, Cik Rose nak cerita tentang ‘compact powder’. Rasanya setiap dari kita ada bedak kan. Tak kisahlah jenama apa, asalkan sesuai dengan kulit kita kan. Kondisi kulit kita ni bukan sama, jadi kena bijak memilih apa yang sesuai. 

STUDIO PERFECT SPF 15 FOUNDATION FROM MAC COSMETIC



Alkisahnya bukan Cik Rose yang beli. Kakak Cik Rose yang bagi. Thank you Kakyang. Asalnya dia beli untuk pakai sendiri. Tapi, tak sesuai dengan kulit dia, maka dia beri pada Cik Rose. Cik Rose terima apa adanya. Hihi. Inilah untung dapat kakak. Kalau ada je yang dia tak nak, boleh bagi pada adik dia yang comel ni. Hahhaha comel? Larikkkkk.



Bedak dari MAC, comfirmlah Cik Rose suka. Nak beli, kena fikir dua tiga kali. Bila dapat free, syok bukan main. Opsss.  Bedak ni sesuai pula dengan Cik Rose, Alhamdulillah. Memang selalu je pakai bedak ni. Cik Rose pakai pelembab muka, boleh terus pakai bedak ni. Tak payah pakai Cc cream atau foundation dah. Sebabnya dia dah ada SPF dah siap-siap dan dia jenis foundation jugak kan. Rata je kat muka ni ha. Masa mula-mula dapat, sayang nak guna. Eh sape lagi yang sama dengan Cik Rose? Sayang nak guna pakai barang baru. 



Cik Rose ni bukan pandai nak beli jenis bedak, foundation dan krim-krim muka bagai ni. Tak tahu nak pilih warna yang sesuai dengan tona kulit. Takut tersalah pilih kod warna, kang menyesal pula kan. Tapi, lega bila kakak bagi, terus sesuai je semua. Apakah maksudnya? Kakak je la yang tahu maksudnya. Nak pm tepi kakaklah macam ni. Hahahha. 


Korang jenis yang setia pada satu jenama atau tak ya? Kalau tanya Cik Rose pula, Cik Rose bukan jenis yang tak setia tau. Cuma lebih kepada suka mencuba benda baru. Amboiii ayat cover line. Hihi. Tak adalah, Cik Rose ni bukan boleh tengok iklan. Mulalah nak tergoda. Lepas tu baca pula review rakan-rakan blogger, memang comfirm rasa tergedik-gedik nak beli. Hahaha.

Ni terkeluar tajuk sikit. Nak cerita tentang pengaruh rakan blogger. Memang berkesan uols. Nak jadi cerita, Cik Rose ni baru tukar jenama shampoo, setelah setia denga satu jenama tu. Bila Cik Rose beli yang baru, siap beli botol besar. Baru guna sekali dua. Satu hari tu, tengok instagram rakan blogger. Review shampoo Follow Me yang baru tu, yang green tea tu. Cik Rose punyalah kusyuk tengok sampai rasa nak beli! Lepas tu kalut cari kat watsons. Rupanya tak dijual. At last, dapat juga. Cik Rose beli di Pasaraya Nirwana Parit Raja, Johor. Guna dah dua minggu. Moga setia. Hihi. Bestlah shampoo tu. 

Ok, tu je ceritanya. Hihi.


7 comments:

  1. lain dengan akak..akak jenis setia dengan satu2 produk je..kalau dah habis yang itu, beli jugak yang tu..keluar yang baru pun tak tergugat la jiwa ni..hahah...kadang orang kata macam ketinggalan zaman pun ada..hahah...orang sekarang tak pakai dah lipstik avon..akak pakai lagi..hahahah..

    ReplyDelete
  2. Jadi rezeki Cik Rose ye, untunglah :)

    ReplyDelete
  3. selagi tak cuba produk yg sesuai, mesti cuba yg lain..kalau okay baru setia :)

    ReplyDelete
  4. Tuh untungnya ada kakak kan. Barang yang dia beli x serasi dia bg dekat adik. Sama macam akak lah. Kadang barang barang review mana yang akak tak terguna tu akak bg adik adik pakai je.

    ReplyDelete
  5. Bedak mac pnh jgk pakai.. Kakak zaza pnya..sedap pakai.. Tp sekali dua tu je lah merasa hehe..

    ReplyDelete
  6. Dulu Iday pon tak pandai nak pilih, siap mintak tolong kawan. Tapi sekarang dah tahu tona kulit dan pilih compact powder yang sesuai. hehehe

    ReplyDelete
  7. Kita pakai juga bdak ni... Hehe.. Cuma xsmpat nk buat entry.. Jenama mac ni mmg bagus2 . Brg international, bagus & berkualiti bkn mslh bg kita.. Tp mmg serius best cuma jrg pakai jela..syg nk guna hari2.. Ahahah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.