Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina - INILAH REALITI

Tuesday, 13 February 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. 

Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 



Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut

Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita



Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:

Kasut wanita : kasut terbuka
Permainan kanak-kanak : Set pakaian bayi
Perhiasan rumah : Set hadiah tupperware
Kesihatan & kecantikan : Set solekan mata Tahun Baharu Cina
Runcit & Haiwan peliharaan : Kit kat edisi khas



Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlahRM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee

Untuk maklumat lanjut : www.shopee.com.my

Apalagi, jomlah berbelanja di Shopee pula  . Kita kenalah bijak mengatur strategi shopping. Hihi. 



10 comments:

  1. emi la tu pnyumbang kepada carian yang banyk tu hahaha

    ReplyDelete
  2. belum sempat lagi menyopin kat shopee..katanya lg murah kan ..sat nak pi terjah time kempen hari gaji tu sgt menarik haha

    ReplyDelete
  3. Bestnya, shopee pun ada sale la

    ReplyDelete
  4. ada lagi ke sale ni...TB memang ada barang nal beli kat shopee .. tapi belum checkout lagi . heee

    ReplyDelete
  5. Alaaa...wawa la tu.. Dh brpe kali dh wawa shopping kat shopee ni.. Lbh dr 50x dah.. Hahaha... Murah dan best time sales..

    ReplyDelete
  6. Adui, pandai dia buat sale time tengah gaji. Apa pun, jimat untuk kita jugak.

    ReplyDelete
  7. Memangbest shopping dekat Shopee tau Rose.dah byk barang akak beli kat shopee

    ReplyDelete
  8. xpernah lagi shoping dgn shopee..boleh try nanti

    ReplyDelete
  9. Shoppee antara platform shopping yang best.

    ReplyDelete
  10. hana lah salah seorang penyumbangnya hahaha

    ReplyDelete