Diskaun 50% untuk barangan kosmetik di Guardian 8 hingga 11 Februari 2018



Assalamualaikum. Guadiam buat jualan murah untuk semua barangan make up! 4 hari je, bermula 8 Februari hingga 11 Februari. Aduh duh, Cik Rose tak kuaddd awaaa... hihi

Sebagai pengguna yang bijak, mestilah kita berbelanja dengan bijak jugak. Kena cari tempat yang best dengan tawaran harga yang kebabom! 

Bila viral sale 50% Guardian di Facebook, ramai yang serbu! Kalau Guardian yang besar di tempat tumpuan orang, memang cepatlah kosong rak tu. Sebab tu kena pandai cari jugak. 

Apa yang Cik Rose beli di Guardian? 
Cik Rose borong Silky Girl Matte Junkie. Harga sebenar RM24.90. Dek kerana sale, Cik Rose bayar dengan harga RM12.45 sebatang. Beli 6 batang. Dan juga Cik Rose beli eyeliner warna coklat dari Catrice. 


Beli hari Sabtu. Esoknya hari Ahad, dok borak -borak dengan officemate tentang sale Guardian ni. Eh eh member beli lip cream jenama Loreal! Macam best je ni. Harga sebenar RM49.90. Cik Rose beli dengan harga RM24. ++

Bukan lip cream loreal je, tengoklah apa yang Cik Rose angkut jugak. Hihi. 
Scrub STIVES
Nivea creme
Biore UV
Lip cream Loreal
Coklat Snickers


Kita tengok sikit kod warna ap yang Cik Rose beli ni. 
Kod 02, 08, 04, 06, 05, dan 01. Cik Rose suka sangat kod 01 dan 04. Cik Rose terus pakai je Matte Junkie ni, tapi kalau bibir korang jenis yang kering, korang sapu dulu lip balm tau.. Hasilnya, cantik!


Tengok orang berscrub, kita pun nak jugak! Padahal dah pernah beli dulu, jenama lain. Cuma tak displin pakai jer. hihi. Kali ni cuba scrub jenama St Ives pula. Baca review, ramai yang kata ok. Cik Rose ambil jenis Fresh Skin. Kita cuba dulu macam mana kan. Baru pakai sekali jer. Nanti Cik Rose buat entry khas tentang scrub ni bila dah dapat hasilnya.


Biore UV. Asalnya nak beli sun block. Ada terbaca tips penjagaan wajah, yang kita ni kena pakai sunblock kalau duduk rumah pun. Eh betulkan? So, Cik Rose pun dok tercari-carilah yang sesuai. Jumpa Biore ni, haranya Rm19.90 selepas diskaun. Ni whitening punya. Setakat ni dah pakai dua kali. Moga berdisplinlah Cik Rose ni. 


Nivea creme, terpengaruh dengan Siti Saleha katanya! hahaha. Padahal dah banyak losyen dah kat rumah, tetap tergoda juga. Bau dia sedap.


Tadaaa... Lip matte liquid dari Loreal. Memang best! Serius cakap. Walau matte, ia tidak mengeringkan bibir. Elok je terletak di bibir. Rugi pulak tak beli banyak kod. Eh, hihi. Dapat dua jenis kod je, maklumlah dah last day promo, banyak yang dah habis. Harganya RM49.90, Cik Rose beli dengan harga RM24.++ lepas diskaun.
Memang cantik warnanya tau. Inipun terpengaruh dengan officemate. Best rupanya Loreal!



Kod 314 dan 318. 


Tak salah sesekali nak berbelanja, cuma jangan sampai terlalu boros dan membazir. Beli yang kita guna, bukan beli apa yang kita suka. hihi. TIme ada sale ni, memang berbaloilah membeli. Dah tak ada sale nanti, kita tengok dan cuci mata je. hikhik.

Mohon Guardian buat sale lagi! hihi.


Post a Comment

11 Comments

  1. Akak nak beli lilstick silky girl yg mate tu,semua habia..sedih gileer..

    ReplyDelete
  2. Banyak juga rose beli ya.akak beli online je rose

    ReplyDelete
  3. Weekend haritu ada singgah kat guardian, tapi ramai sgt la orang. Bukan takat org je ramai, rak pun dah banyak kosong. Takde rezeki.

    ReplyDelete
  4. Bawak2 bertaubat k.ros.. Hahaha.. Gila la banyak tol dia beli.. Kalah kita ni.. Hihi.. Tp mmg berbaloi2 kan... Jimat kt situ. Hehehe

    ReplyDelete
  5. banyak betul shopping...Sally ni jarang sangat pakai mekap..malas betul nak beli..hahahaha

    ReplyDelete
  6. X sempat nak g beli lagi hahahaha harap lepas ni ada lagi nak g borong barang mekap up

    ReplyDelete
  7. wah banyaknya shopping! seronok kan bila ada sale kaw2 ni. guardian and watson buat sale, kita tak senang duduk. hehehe

    ReplyDelete
  8. fuh.. ni yang jeles ni.. sempat jugak cik rose shopping yeaaa..TB nak shopping online je ritu tapi alamak.. banyak barang yang sold out.. huwaaa

    ReplyDelete
  9. Ala.. termissss la.. smpt msuk watson je ritu

    ReplyDelete