Saturday, February 17, 2018

Dengan siapa saya wajib berhijab dan haram bersalam?



Assalamualaikum. Selamat pagi. 

Dengan siapa saya boleh bersalam? Dengan siapa saya wajib berhijab? Persoalan-persoalan ni mesti bermain di fikiran kita kan. Yang dah tahu, Alhamdulillah. Buat yang keliru, di sini Cik Rose kongsikan. 

Cik Rose sendiri masih dalam proses pembelajaran. Jangan malu untuk belajar, tiada yang terlambat. 

Ok, pertama sekali untuk lelaki. Dengan siapa saya haram bersalam dan bercampur? Di bawah ni jadual untuk lelaki, Cik Rose ambil dari perkongsian di facebook. Terima kasih sudi berkongsi. 


Bila ada jadual macam ni, lebih mudah untuk kita faham kan. Kalau lihat rajah di atas, yang ditanda putih tu adalah mahram kekal. Iaitu boleh bersalam. Manakala yang kuning adalah haram untuk bersalam. 

Secara ringkasnya haram bersalam dengan : 
Ibu saudara isteri
Kakak ipar & adik ipar perempuan
Mak angkat 
Anak perempuan angkat
Sepupu perempuan
Dua pupu perempuan
Isteri bapa saudara (mak sedara)
Anak saudara ipar perempuan
Nenek saudara isteri
Semua perempuan bukan mahram

Ok untuk perempuan pula. Kena jaga batas pergaulan dan batas aurat. Sama-sama kita berusaha untuk menjaganya. 

Boleh rujuk rajah di bawah untuk lebih faham. Bila ada jadual macam ni lebih mudah kan. Sama juga yang putih mahram kekal, kita yang perempuan ni boleh bersalam. Dan yang kuning tu tak boleh bersalam dan wajib berhijab. 


Cik Rose ringkaskan di sini. 
Wajib berhijab dan haram bersalam bagi perempuan dengan :
Abang ipar dan adik ipar lelaki
Anak angkat lelaki
Bapa angkat
Suami kepada mak saudara kita
Suami kepada anak saudara perempuan kita
Suami kepada nenek saudara kita
Suami kepada mak saudara suami
Sepupu lelaki
Ipar duai lelaki
Datuk saudara suami
Bapa saudara suami
Dua pupu lelaki
Semua lelaki bukan mahram

Moga perkongsian ni membawa manfaat kepada semua pembaca blog Cik Rose. 

6 comments:

  1. Insyaallah sama2 lah kita perempuan2 memperbaiki diri.. :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang bagus dan sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  3. i need to really hadam this one. it's super important. thnk you for sharing

    ReplyDelete
  4. Perkongsian tg bagus.sama sama amal dna praktikkan

    ReplyDelete
  5. last few weeks, nurin tanya aida pasal ni.
    nurin kat dah masuk bulan ke3 di skola agama.
    terkemut-kemut juga aida nak menjwb nyer.
    tahu jawapan. tapi tu lah... tindakan kita tak seiring dgn pengetahuan kita.

    ReplyDelete