Breaking

Saturday, 10 March 2018

Weightless Essence Foundation by D'Vanda | Foundation yang tidak bercapuk, glowing dan natural



Weightless Essence Foundation by D'Vanda | Foundation yang tidak bercapuk, glowing dan natural. Assalamualaikum. Pemilihan foundation yang betul akan membuatkan wajah kita nampak cantik berseri. Cik Rose akui, bukan mudah untuk pilih yang betul-betul sesuai dengan kondisi wajah Cik Rose ni. Ada je yang tak menepati kriteria. hihi. Bila nampak iklan atau promo, eh macam nak cuba. Nampak cantik. Bila cuba, tak kena pula. Rugi tau.

Pemilihan set penjagaan wajah yang betul tu memang penting. Kena tengok yang serasi dengan kulit kita ni kan. Setiap dari kita ni miliki jenis kulit yang berbeza. Ada yang berminyak, ada yang kering, ada yang berjerawat dan lain-lain lagi.

Bila dah serasi, wajah kita pun bersih, setidak-tidaknya kita mesti nak make up sikit kan. Korang jangan cakap yang korang jenis natural beauty, keluar rumah tak make up. Hihi. Nora Danish yang lawa tu pun make up tau. Itupun ada orang cakap ‘saya tak make up, ala-ala Nora’. Hello…. Make up ‘natural look’ tu pun korang kena tahu teknik tau. Natural look tu bukan bermaksud tak guna foundation tau.

Cik Rose ada baca satu artikel tentang tips untuk dapatkan wajah yang flawless dan glowing. Jadi, Cik Rose nak share dengan korang. Tips yang bagus, haruslah dikongsi bersama kan. Hihi.

5 TIPS UNTUK DAPATKAN WAJAH FLAWLESS DAN GLOWING
1) Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk membuang segala toksin dari badan melalui urine. –kadang-kadang buat, kadang lupa. Susah nak displinkan diri minum air masak ni. Tapi, kalau dah mula amalkan, kita dah jadi biasa  kan.

2) Tidur mesti mencukupi untuk elakkan lingkaran hitam bawah mata dan wajah pucat tak bermaya. – bergantung kepada aktiviti harian. Kalau padat jadualnya, tak cukup. Kalau biasa-biasa, terlebih pula. Opss… hhahaha.

3) Gunakan produk wajah yang mempunyai SPF untuk perlindungan UVB dan UVA setiap hari. Cahaya matahari akan menyebabkan kedutan pada wajah dan warna kulit yang tidak sekata. – Yeayyy tengah displin guna.

4) Amalkan rutin penjagaan muka dengan betul. Basuh muka dengan sebersihnya, memakai krim pelembap, toner, krim siang dan krim malam secara konsisten. – cuci muka je konsisten, yang lain ikut mood. JANGAN TIRU CIK ROSE.

5) Untuk dapatkan wajah yang flawless dan glowing dengan mudah dan cepat, guna je Weightless Essence Foundation dari D’Vanda.





Cik Rose tertarik dengan point nombor 5 ni. Eh, eh D’Vanda?

Apa lagi,  Cik Rose pun cubalah  D'Vanda Weighless Essence Foundation. Melihat dari packaging dia pun dah buat Cik Rose tertarik. Sweet je.


Sebelum Cik Rose kongsikan pengalaman Cik Rose pakai foundation ni, Cik Rose ceritakan sikit perihal foundation ni dulu  ya. 

Apa ada pada Weightless Essence Foundation by D'Vanda?
Foundation D’Vanda ni  mengandungi MARULA OIL untuk memberi kemasan FLAWWLESS & GLOWING pada wajah. Ia juga mengandungi VITAMIN C untuk pencerahan dan VITAMIN E untuk perawatan serta perlindungan. Dan juga SPF 35 untuk melindungi kulit wajah dari bahaya sinar UV.



REVIEW DARI CIK ROSE YANG DAH PAKAI FOUNDATION NI 

Kelebihan Weightless Essence Foundation by D'Vanda


Kalau korang nak tahu, foundation ni dalam bentuk cecair yang bersifat ringan. Yes, yang ini memang Cik Rose akui. Cik Rose pakai foundation ni, rasa macam tak pakai foundation tau. Mudah sangat nak ratakan ke seluruh wajah. Dap dap dap je dengan span comel. Korang yang suka natural look, kena beli. Boleh buat pakai harian. Pergi kerja, sesuai sangat. Jimat masa dan tak nampak over. Tak payah make up lama-lama tau. Dan tak perlu nak campur foundation ni dengan minyak argan dah. Dah elok dah foundation ni tau! Eh bau foundation ni buat Cik Rose rasa lapar! Oppss.


Foundation ini macam 3 dalam 1 tau. Make up, merawat dan melindungi. Iyalah, tujuan utama kita pakai foundation mestilah sebab nak make up. Tapi, dalam masa yang sama nak juga cari yang ada fungsi merawat dan melindungi kan. Korang pakai hari-hari, nanti nampak perubahan pada wajah korang tau. Mulalah, rasa nak pegang je muka. hihi. Sebab ianya mengurangkan dan merawat pigmentasi secara perlahan dari dalam. Ia juga memperbaiki masalah jerawat, parut jerawat, kekusaman wajah dan tona tak sekata. Dan yang paling best, ia mengurangkan garis-garis kedutan dan mengembalikan keremajaan kulit. 

Cik Rose cuba make up cepat-cepat, konon macam dah terlewat nak pergi kerja kan. Cuma pakai foundation D’Vanda, lip cream, blusher dan eyebrow jer. Tadaaaa:


Foundation ni jugak tak bercapuk. Percayalah. Nak tahu tak, Cik Rose pertama kali cuba foundation ni masa nak pergi kenduri. Pakai macam biasa, dap dap je di keseluruhan wajah. Pakai dalam pukul 1  tengahari macam tu. Balik rumah dalam pukul 6 petang. Singgah pulak rumah kawan. Kawan Cik Rose tegur, pakai foundation apa? Muka nampak glowing! Ohhh korang tahu tak perasaannya macam mana? Happy! Memang tak bercapuk, memang tak hilang dek kerana peluh ke apa. Tapi, makin lama, makin glowing! Tak payah risau. 


Serius, Cik Rose suka tengok orang yang pandai make up natural tau. Nampak je macam tak make up, tapi sebenarnya make up. Cantik! Macam Nora Danish, Juliana Evans dan ramai lagi. Cik Rose dah jumpa foundation yang sesuai dengan wajah Cik Rose. yeayy..

Kat bawah ni simple video dari Cik Rose. 



Untuk yang masih tercari-cari foundation yang sesuai, cubalah D'Vanda ni. Memang best. Ramai yang dah cuba dan berpuas hati.

Kat mana nak dapatkan Foundation D'Vanda ni?
Korang boleh terus ke :




Selama mencuba!





30 comments:

  1. sweet nya packaging dia. sesuai jugak warna dia dengan kulit cik rose. mungkin airah pun kena cuba foundation ni lepas ni.
    thankyou share tips jugak cik rose. kadang-kadang rajin nak minum air banyak kadang malas tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, kalau rajin minum air masak, memang kulit moist dan bersih tau.
      Airah kena cuba foundation ni, makin lama pakai makin glowing muka :)

      Delete
  2. Boleh cuba ni rose.. harga ia berapa ni rose

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ada promo Kak Aishah, RM68 sebotol.. 20 ml.

      Delete
  3. makin cantik la cik rose kita ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, kena rajinlah Ros ni nampaknya Cik Nor.

      Delete
  4. Macam pernah tgk foundation ni di tutorial makeup dr negara luar.. efeknya cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke.. Rose tak pasti pula.. tapi, memang best foundation ni. :)

      Delete
  5. Tampak sangat natural dan efforless sangat foundation nya di muka Cik Rose. Nak tanya, hanya ada satu shade je ke foundation ni Cik Rose? Nak try juga kalau ada shade lain2 🙆🏼‍♂️

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, hanya ada satu shade saja. Tapi, macam sesuai untuk kebanyakan jenis kulit.. boleh cuba ya nanti :)

      Delete
  6. Nampak lain muka rose bila apply fd tuh...cantik...akak selalu mekap yg heavy kalau keluar je..kalau pergi kerja mekap nipis jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, Ros pun jarang make up heavy. Kalau ke majlis tertentu atau bersiap awal ke office, baru make up.. hihihi

      Delete
  7. nampak nice foundation ni, cikrose...
    aida memang pengguna tegar foundation.
    sebab memang perlu utk dpt kan rupa yg sempurna, kan.
    then dgn spf nyer. dgn tona warna yg sesuai... perfect.
    aida memang make up minima aje. lipstik. eyeliner :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rose ada cuba beberapa jenis foundation sebelum ni. D'Vanda ni antara yang terbaik jugak yang pernah Rose cuba :)

      Delete
  8. I am liking the coverage that this weightless foundation is giving...really makes me wants to try it..

    ReplyDelete
  9. betul, kalau pilih foundation yg tak sesuai, makeup pun akan jadi tak lawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, tak suka kalau foundation yang buat muka kita mudah becapuk atau merekah kan..

      Delete
  10. Cantiknya makeup. Nampak macam full coverage je.. mmg sesuai la klau yg nak makeup simple dan tak heavy pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, yang Ros tunjuk ni ala-ala make up nak cepat. hihih.. memang full coverage..

      Delete
  11. wah mcm best jee foundation nii, siap ada argan oil lagi, niceee 😃 and mmg ye lah nmpk cantik sekata & glowing je kulit after guna tuu 👍🏿 qeela kalau makeup pon mmg suka natural look je, hehe. packaging dia sweet je tgk. nnt boleh try jugaklah ni hehe thanks for sharing!

    ReplyDelete
  12. Bagus gak foundation nie, boleh Make up, merawat dan melindungi. Paling penting dapat mengurangkan garis-garis kedutan dan mengembalikan keremajaan kulit.

    Bukan kulit je kena remaja.. hati pun boleh juga hahahah

    ReplyDelete
  13. Wow, thank you atas perkongsian 5 TIPS UNTUK DAPATKAN WAJAH FLAWLESS DAN GLOWING

    Akan akak follow rapat2 al mklumlah dah masuk 5 seris, nak jugak flawless dan glowing , kan :)

    Cara Nak Buat Duit Dengan Blog Walaupun Orang Tak Membeli Apa2 Dari Kita

    ReplyDelete
  14. Wah coverage dia bagus. Nanti kalau ada kawan kawan perempuan cari leh recommand jenama nilah kan.

    ReplyDelete
  15. kalau dah serasi memang nampak makin cun lah cik rose.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  16. Sis sampai lah sekarang tak pandai nak bermakeup guna foundation. Nak pilih foundation pun tak pandai. Sis pakai bb cream je kemana-mana..:D Nanto boleh lah cuba foundation ni, mana tahu sesuai pulak kat sis

    ReplyDelete
  17. Comel botol dia cik rose. Coverage pun elok je tu. Nampak sangat natural. Suka sangat.

    Yang best foundation ni boleh merawat dan memudarkan kesan2 jerawat juga. Siap boleh nengekalkan keremajaan tu.

    ReplyDelete
  18. Agree with all the tips. Choosing the right foundation also important and must be matching with our skin tone.

    ReplyDelete
  19. I like the simple and classy packaging. I can see there difference before and after the application, will check out more about the product soon.

    ReplyDelete
  20. Sekarang ni dah banyak foundation yang ada di pasaran, nampaknya yang ini macam bagus jer//

    ReplyDelete