Assalamualaikum. Susu kambing memang mempunyai banyak khasiat jika diamalkan. Seeloknya kita amalkan yang fresh tu. Tapi, kadang-kadang susah nak dapat susu kambing yang fresh ni. Dan ada pula yang kurang gemar dengan bau dan rasanya. 

Cik Rose pernah minum susu kambing yang fresh dulu. Tapi, susah nak cari sekarang.  Ramai yang beri Cik Rose petua supaya amalkan minum susu kambing setiap hari, sebab Cik Rose kan tengah berusaha nak mengandung. 


Sebab tu bila diberi peluang untuk mencuba susu kambing dari ellVita ni , Cik Rose gembira sangat! Cik Rose pilih perisa vanilla coklat. Tadaaa:


Untuk makluman, susu kambing dari ellVita ni 
DIPERKAYA DENGAN MAKANAN SUNNAH. 

Ia mengandungi  ekstrak makanan sunnah terbaik seperti BUAH DELIMA, ZAITUN, TIIN, KURMA, KISMIS, BADAM, SAFFRON, HABBATUS SAUDA, MANNA dan GINKGO BILOBA.





KEISTIMEWAAN ellVita VACHOC 10 PLUS 
Ia adalah kombinasi DUA RASA coklat dan vanilla yang unik dan sangat sedap. EllVita Vachoc 10 Plus ni juga tiada campuran susu skim atau susu lembu. Yang paling best, ia diformulasikan dengan 10 makanan sunnah.
100% organik dan diperkaya dengan nutrisi penting. Tak payah risau sebab ianya tiada mineral sintetik dan krimer tenusu. 

Khasiat Susu Kambing yang perlu korang tahu :

Susu kambing ni dapat menambahkan tenaga dan stamina badan. Jadi, tak adalah korang rasa badan tu lesu atau keletihan yang melampau. Ia juga dapat meningkatkan daya ketahanan badan( imunisasi). Kira macam antibodi. Tak adalah selalu berjangkit demam dan sebagainya dari orang sekeliling kan.

Susu kambing juga baik untuk sistem penghadaman dan usus. Bagi yang ada masalah tak lawas tu, cubalah amalkan. Ia juga untuk kesuburan pasangan yang telah berkahwin. Kita berusaha selagi terdaya, Insyaallah ada jalan. 

Kalau Cik Rose nak senaraikan satu persatu kebaikan dan khasiatnya, mahu panjang lebar entry ni. Hihihi. 


Sejujurnya, Cik Rose suka dengan rasa susu kambing dari ellVita ni tau. Tak ada langsung bau hamis! Sedap sangat rasa dia. Korang boleh bancuh suam ataupun sejuk. Tapi, jangan bancuh dengan air panas tau, bimbang nutrisinya terjejas. 

Cik Rose dah cuba bancuh suam di waktu pagi, dan sejuk di waktu malam. Sedapnya. Rasa dia macam minum susu coklat yang dalam kotak tu! Kalau bancuh dengan air sejuk, Cik Rose cuma shake-shake jer. Aihhh macam aiskrim coklat pun ada! 

Muka happy dapat minum susu!


Dalam satu kotak ni, ada 20 sachet. Mudah sangat nak bawa ke tempat kerja ke, nak bawa pergi sekolah ke, atau nak bawa bercuti. Boleh dibancuh di mana-mana. 

Seeloknya minum pagi dan malam. Macam Cik Rose, minum hanya sekali je sehari. Kadang -kadang pagi dan kadang-kadang malam. Minum susu kambing ni memang mengenyangkan tau!


Cik Rose bancuh suam-suam sikit, makan dengan biskut, haa dah kenyang. Alhamdulillah. 

Susu kambing ni sesuai untuk semua peringkat usia sebenarnya. Pelajar sekolah ke, dewasa ke atau orang tua. 

Psssst.... yang nak diet tu pun boleh cuba tau. Ada kawan Cik Rose minum waktu pagi, sampai pukul 2 @ 3 petang masih kenyang. 


Keunikan rasa susu kambing ellVita ni selaras dengan taglinenya iaitu : 
🌸ellVita: Tasty, Tested, Trusted
🌸ellVita: House of Nature
🌸ellVita: Hadiah terbaik buat dirimu
🌸ellVita: Revolusi baru produk berkualiti

Cik Rose suka sangat dengan rasanya, tapi jangan risau. Ia tak manis sangat tau, penuh rasa coklat! Nyummy!

Bukan Cik Rose je yang cakap sedap, korang boleh tengok di bawah ni. Apa kata pengguna yang dah merasai susu coklat dari Ellvita ni : 




Kat bawah ni ada video ringkas dari Cik Rose, tentang cara penyediaan susu kambing ellVita. Mudah jer. Jemputlah tengok. 




Untuk pesanan atau maklumat lanjut, boleh rujuk di bawah ya : 

Hotline: 019-2020 911
Website: www.ellvita.com
Facebook : ellVita Hq
Instagram : ellVita Hq

Selamat mencuba!