Thursday, 12 April 2018

DI SEBALIK HARUMNYA BUNGA ROS, ADA DURI TAJAM YANG MELINDUNGINYA





Assalamualaikum. Bila sebut bunga Ros atau Mawar, kita mesti ingat yang bunga ni wangi kan. Dengan pelbagai warna yang cantik. Ada yang lembut warnanya dan ada terang. Ada yang wangi dan ada yang tidak berbau. 

Namun, sedarkah kita bunga Ros dilindungi batang yang berduri. Awas kepada mereka yang berniat mahu memetik kuntuman mawar. Jangan tersalah pegang dan jangan terlalu ghairah mahu memetik bunganya. 

 Cik Rose bukan mahu bercerita dengan lebih lanjut berkenaan bunga Ros. 
Cuma mahu mengaplikasikan dalam kehidupan seharian sahaja. 


Jangan kita lupa semekar-mekar bunga Ros, akan layu akhirnya perlahan-lahan. Dan akan gugur bunganya mengikut peredaran masa.

Tiada yang kekal selamanya. Begitu juga dengan apa yang kita ada. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita. Perlu beringat juga. 

Jika tidak beringat, bimbang hati akan remuk tatkala ianya hilang dari genggaman. 

Cik Rose sekadar bermadah. Bukan bercakap tentang situasi diri mahupun keadaan sekeliling. 


Tatkala melihat kuntuman-kuntuman mawar, hati berdetik. Bunga Ros ni boleh dikaitkan dengan keperibadian seseorang.

Kita nampak bunga Ros cantik, namun ada duri yang melindunginya. Kita nampak seseorang yang lembut, namun di sebalik kelembutannya tersimpan senjata rahsianya juga.

Jangan cuba mencabar atau menguji. Sekali terusik, bagai tertusuk sembilu kesannya. 

Eh bermadah pula kan. Hikhik. 


Related Posts

DI SEBALIK HARUMNYA BUNGA ROS, ADA DURI TAJAM YANG MELINDUNGINYA
4/ 5
Oleh