Cara Masak Sayur Kobis Goreng Yang Paling Mudah dan Cepat

Saturday, May 12, 2018


Assalamualaikum. Cara masak sayur kobis goreng yang paling mudah dan cepat.


Kalau masak hidangan tengahari, mesti kena ada sayur. Yang selalu jadi pilihan Cik Rose adalah kobis,  carrot, baby corn dan cendawan. Tu je yang paling kerap masak. Sayur lain tu ada jugak, tapi yang ni yang selalu jadi pilihan. 


Ok, penyediaan sayur kobis goreng ni amatlah mudah. Kadang-kadang Cik Rose masak kobis goreng kicap. Tapi kali ni nak tunjukkan yang paling simple. 

Cuma perlukan sayur kobis, bawang besar, cili besar, dan udang. Ni bahan asas selain garam dan kunyit. 
Oh ya Cik Rose memang suka masak guna bawang besar. 


Pertama sekali, masukkan bawang dan cili merah ke dalam minyak yang telah panas. 

Kemudian, boleh masukkan udang yang telah dibuang kulit. Biarkan seketika.


Kemudian terus masukkan kobis. Di samping itu jangan lupa garam, dan sedikit kunyit. Kunyit tu untuk penyeri masakan. Tak adalah sayur kita pucat kan.


Tadaaaa dah siap... mudah kan? Jom masak sendiri di rumah!

5 comments:

  1. Sama juga dengan Sis, kalau masak memang cara mudah aja...pun sedap kan,.

    ReplyDelete
  2. Ya, ini yang paling kita suka, cepat siap, mudah sedia. 😀

    ReplyDelete
  3. mudah sangat.kobis bertambah sedap bila tambah udang kan.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  4. lapar dah ni...waktu makan malam dah...kobis takde pulak..hahhaa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.