Breaking

Friday, 18 May 2018

Nasi Tomato yang sedap di Bazar Ramadhan Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah

Assalamualaikum.
Hari ini 2 Ramadhan, Jumaat. Alhamdulillah.

Untuk juadah berbuka puasa, korang akan beli atau masak sendiri di rumah? Macam Cik Rose, sahur memang masak. Tapi kalau berbuka puasa, masak pun masak, beli pun beli. Hihi.

Di Malaysia, Bazar Ramadhan ni memang di tunggu-tunggu. Meriah! Setahun sekali kan. Macam-macam jenis makanan dan minuman yang ada! Dari segala macam kuih, ke lauk pauk, hingga ke menu nasi. Begitu juga dengan air. Air panas, air sejuk, air buah dan macam -macam lagi!

Nasi tomato di Bazar Laguna Merbok, SungainPetani

Cik Rose nak cerita tentang nasi tomato. Untuk sepanjang bulan Ramadhan ini, adik Cik Rose berniaga nasi tomato di Bazar Ramadhan Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Bermula dari jam 5 petang hingga 7 malam.

Memang buat sendiri lagi puas hati kan. Makan ramai-ramai dan berulang-ulang. Nyum nyum.

Tapi, kalau dalam keluarga kita tak semua yang nak makan nasi tomato, macam mana? Eh senang jer. Beli. Yeahhh beli di bazar Ramadhan. Hihi.


Ok, untuk hidangan set nasi tomato yang terdiri dari nasi, ayam masak merah, acar, dan kuah dalca. Hanya RM5! Yer lima ringgit. Kalau setakat nak makan dua tiga orang, lebih baik beli kan. Nak buat macam tak berbaloi. 

Apa yang specialnya nasi tomato ni? 

Nasinya adalah dari beras brasmathi. Yer bukan beras biasa ya. Adik Cik Rose memang buat catering. Nasi beriani, nasi minyak dan lain-lain. Memang dia akan masak menggunakan beras brasmathi. Itulah keistimewaan atau trademark Sapit Catering. 

Jadi, untuk berniaga di Bazar Ramadhan juga, dia akan masak seperti biasa dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti demi kepuasan pelanggan. 

Jangan risau, kualitinya memang terbaik. Pssttt yang berniaga di bazar ramadhan, masaklah makanan seperti kita nak makan. Jangan fikir ban keuntungan sahaja. Masaklah sedap-sedap. Insyaallah orang akan cari lagi bila dah beli sekali kan. 

Inilah tempat adik Cik Rose berniaga. Ini gambar semalam, 1 Ramadhan. Masih ada lagi yang belum start berniaga.


Untuk yang berada berhampiran Laguna Merbok, Sungai Petani, Semeling, Sungai Jagung, Merbok, Sungai Pasir dan lain-lain, jemputlah ke tapak adik Cik Rose berniaga ya. Di Bazar Ramadhan Laguna Merbok. 

Jemput rasa nasi tomato special. Insyaallah menepati selera anda. Set nasi tomato hanya 5 ringgit! 

9 comments:

  1. sedap tu pakai beras basmathi...betul cik rose, ustaz pun ada pesan kalau nak meniaga kat bazar ramadhan tu, biar ikhlas..jual la makanan yang orang bole makan dan puas hati makan..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya, zira lama tak makan nasi tomato dlu kalau puasa time belajar suka beli

    ReplyDelete
  3. Zaza jarang makan nasi tomato.. Biasa time2 bazar ramadan je la beli sekali sekala.. Atau time raya rumah kawan mmg nasi tomato wajib dia buat.. 😋

    ReplyDelete
  4. Nasi Tomato memang sedap..cadang nak buat hari minggu ni...

    ReplyDelete
  5. meriah nasi tomato dia ye ros.de sesetengah peniaga jual nasi tomato x meriah pun portionnya..

    ReplyDelete
  6. Mesti sedap ni..Rajin nya berniaga..Dah lama tak makan nasi tomato..Nak pergi sana beli jauah..kita buat sendiri je la nampaknya..heheh

    ReplyDelete
  7. lama tak makan nasi tomato..memang sedap..wah cik rose berniaga la bulan ramadhan ni..syok kan..semoga murah rezeki cik rose

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap la. Klau dekat dah g bli dh. Hehe..

    ReplyDelete