RESTORAN WADI HADRAMAWT JALAN AMPANG

Assalamualaikum.
Hai semua...

Sebenarnya hari ni saya nak mengimbau kembali Jamuan Perpisahan KPSU di tempat saya bekerja ^_^

Berpisah bukan kerana bertukar, tetapi bersara.. Wah...sekejap je masa berlalu. Sekejap? Bertahun-tahun tau kerja baru boleh pencen ni. hehehhe...

Selamat Tinggal En KPSU ....

Kali ni, kitorang tak buat jamuan kat office tau.. Bestnya!

Jamuan ni ni adakan di Restoran Arab Wadi Hadramawt pada 25 Mei 2012. Ambil feel arab la kejap..


Ha, ni orang Arab. Walaupun makan kat Restoran Arab, tak memungkinkan kitorang untuk bertukar menjadi orang arab.. hehehhe..

Seumur hidup saya, tak pernah rasa nasi arab. Inilah kali pertama merasa. Dan ternyata lidah saya tak sama dengan orang arab. Nak tahu kenapa?.. Saya tak berapa suka sangat la.. Sebab tak ada kuah.. Saya ni kalau makan nasi mesti nak kuat berlaut ^..^


 Jom layan gambar kitorang kat sana ...






Suasana restoran tenang je.. Jangan tak tahu Maher Zain pun pernah datang tau.








Antara menu yang ada. Alamak! Gambar nasi arab lupa nak ambil. Padahal itulah menu utamanya.. 




MINT TEA







 Haa.. Pinggan sape ni? Yang pasti bukan pinggan saya. Sebab kat pinggan tu ada tulang kambing. Saya makan set ayam. 






LOKASI : 

 WADI HADRAMAWT
No. 226, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur,
MALAYSIA

(Between Sucasa Hotel & Petronas Gas Station)



(dekat dengan petrol pump Petronas 
pastu ada showroom kete mewah..
opposite dgn Victoria Station)


P/S : Selamat bersara diucapkan pada KPSU saya, semoga sentiasa maju dalam apa jua yang dilakukan setelah bersara nanti.
      : Sesekali, apa salahnya kita mencuba menu baru kan?...






Post a Comment

2 Comments

  1. restoran ni dekat dgn rmah ciksu :)
    hehehe

    ReplyDelete
  2. yeke?.. oo dok area situ rupanya :)

    mesti selalu g makan sana kan?..

    ReplyDelete