Hai semua.. Selamat menjalani ibadah puasa yang ke 25 ye.. Puasa tak hari ni?.. Alhamdulillah, kita semua masih diberi kesempatan untuk meneruskan ibadah puasa pada kali ini.. Ada ke yang masih penuh puasanya?.. Tahniah ye :)

Cuma nak bagitahu je ni.. Saya akan balik ke JB esok malam.. Saya akan mula bercuti pada hari Khamis ni.. Last minute, tukar plan.. hihihi... Ada member yang cakap awal betul saya start bercuti.. Ada lagi yang lebih awal dari saya, kan? hihihi...

Raya kali ni memang bermakna bagi saya.. Tahun pertama beraya sebagai seorang isteri .  Saya akan beraya di JB dengan suami.. Tahun ni tak balik ke Kedah kerana suami tak dapat cuti banyak pun.  

Semoga semuanya berjalan lancar.. Masih lagi berfikir nak buat menu apa untuk raya ni.. Rendang dan nasi impit  tu, dah tentu ada. Mungkin nak buat laksa penang atau pun nasi hujan panas kot?.. hihihii...


Ros.reeza