Selamat pagi semua.. Hari ni cuma nak share lirik lagi ni je :)
Sekarang ni suka dengan lagu ni, sedih je dengar :(
Suara Black tu yang buat tambah-tambah sedih lagi...
Cuba tengok liriknya ye :)
Lirik Lagu Teman Pengganti – Black feat Malique
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Ulang *
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
24 Comments
owhhh ini tajuknyer... ada 3-4x dgr, sayu sgt tp x tau tajuknyer apa...
ReplyDeletemmg touching abes lagu ni, dgn melodi nyer
thnx sharing lirik nie .. mmg sayu
ReplyDeletexdgr lg..nt nk cri la lagu ni..
ReplyDeleteehh kita pun suka dgar lagu nie..sgat touching kann..hehe
ReplyDeletemode sedih ke ni?touching lagu ni mmg ye :)
ReplyDeletetak penah dgr pun...huhuhui
ReplyDeleteKakak bab lagu nie memang selalu tertinggal ros. Tapi baca liriknya macam sendu je bunyinya...
ReplyDeleteMeh senyum-senyum... dah nak raya nie:)
tiba2 terasa umur makin lanjut.. sbb sungguh tak up to date dengan lagu2 masa kini..haha..
ReplyDeleteagk sedey..huhu
ReplyDeleteketinggalan deqla ni..x pernah dgr lagi la dear.. kalo radio mana selalu kuar lagu ni??
ReplyDeletesedih lagu nih kan?
ReplyDeletesuke lagu ni. hehehe
ReplyDeleteayu rasa tak pernah dgr lg..huhu
ReplyDeletex penah dgr lagu ni..tp tacing sggh..huhu
ReplyDeletesuke dgr lagu ni.. lirik dia mendayu².. bile black nyanyi ..
ReplyDeletesuka dengar lagu ni..best!
ReplyDeleteassalamualaikum rose....bestnya lagu ni...:)
ReplyDeleteNape mood sedih ni? Nk raye kan so chill k! :-)
ReplyDeleteAda dengaq lagu ni kat radio, tapi lirik tak berapa nak faham, yela dengaq sekali lalu kan tapi best jugak ;)
ReplyDeletelum pnh dgr lg lgu ni... nk cariklah hihi
ReplyDeletetak pernah lagi saya dengar lagu ni...
ReplyDeletebest lagu ni hihi...ala ros nak raya ni jgn sedih2 nah hihi
ReplyDeletetak pernah dengar lagi. nak raya ni kena hepi2 je :)
ReplyDeletelagu ni memang best Ija.. tapi, nape lirik dia macam tu?... huhuhu.. macam ada something je ..
ReplyDelete