Assalamualaikum.



Selamat pagi.. Apa khabar semuanya?.. Diharapkan semuanya sihat ye..  Hari ni baru berkesempatan nak update cerita jalan-jalan hujung minggu lepas.. hihihi.. Lambat bebenor... Susah sekarang ni nak cari masa jenguk blog...


Mengikut perancangan awal, hanya satu tempat je nak di tuju iaitu di Gunung Lambak Kluang...  Tapi, dah alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke panggal lengan kan?.. hihihi.. Dah alang-alang keluar dari kepumpung JB, apalagi kan.. Mula-mula pergi Kluang, pastu terus ke Batu Pahat...

Gunung Lambak di Kluang dan Wet World di Batu Pahat.

Sempat ambil gambar papan tanda di lebuhraya... 

Kalau dari arah Selatan, ambil susur keluar ni ye...



Ok, mula-mula seperti pada rancangan awal, kami terus ke Gunung Lambak di Kluang..  First time datang sini ni.. Ramai jugak orang masa tu.. Hari cuti kan..  Masa kami lalu kat jambatan gantung, ada beberapa ekor monyet sedang menunggu.. huhu,.. Saya ni yang agak penakut, terus letakkan segala makanan dan minuman kat bawah tu.. Konon-konon nak elak dari dikejar monyet.. hihi.. Lepas tu monyet tu terus menyambar makanan tu.




Sekejap je singgah Gunung Lambak ni.. Tak mandi pun.. Masa nak balik tu, terus ajak suami pergi Wet World pulak.. Sebenarnya tak tahu pun tempat tu.. Cuma ternampak papantanda, tu yang ajak beliau ke sana :)

Bayaran masuk RM15 untuk dewasa.. Parking pun kena bayar, tapi dah tak ingat berapa ringgit... Seronok jugaklah mandi kat dalam tu.. Bilik mandi pun bersih untuk tukar baju.. Kalau datang ramai-ramai lagi bertambah seronok. Masa kitorang sampai, ada diadakan hari keluarga syarikat ape ntah.. Seronok tengok dorang dapat banyak hadiah. hihihi...






p/s : Memang letih hari tu.. Tambah letih bila kereta pulak tiba-tiba demam :(