Nak cerita ni... Tadi, dalam pukul 12.00 tengahari, macam tu lah.. Saya ada terima satu panggilan di pejabat.. Walaupun perbualannya amat singkat, namun dah menggembirakan hatiku ini.. Syukur, Alhamdulillah..  Dapat panggilan dari pihak JPA.. Untuk makluman, saya ada membuat permohonan pertukaran ke JB. Sudah setahun semenjak saya berkahwin, kami duduk berasingan. Saya di KL, dan beliau di JB... Sebenarnya, bukanlah saya dah dapat pertukaran ke apa ke.. Cuma, beliau bertanyakan alamat tempat saya berkerja dan benarkah saya dilepaskan tanpa pengganti.. Itu je.. Tapi, mungkinkah ada berita baik nanti?.. Saya hanya mampu berdoa sahaja agar dapat bertukar.. Sudah tak mampu rasanya nak duduk berjauhan ni.. Masalah kewangan, kesihatan, prestasi kerja.. Tak siapa yang tahu... Hanya yang pernah alami sahaja yang akan tahu,,..

 Kadang-kadang terasa jugak sedihnya bila ada yang berkata, alah baru je setahun duduk asing..Ada je yang lagi lama dari kau.. Untuk yang berkata demikian pada saya : Tak ape lah.. Anda boleh saja berkata demikian kerana anda tak melaluinya. Satu saat nanti anda akan faham jika anda mengalaminya :)


Kawan-kawan, tolonglah doakan untuk saya, ye :)



Ros.reeza