Semalam ada terbaca blog Kak Lia , dalam entry BILER DOKTOR SALAH DIAGNOSE . Seperti tajuk diatas, saya bukan nak menyalahkan doktor. Hanya nak berkongsi pengalaman saya sahaja.
Saya pun mengalaminya. Masa tu tahun 2010. Dalam bulan Februari. saya ingat lagi, lepas raya cina. Saya rasa sesuatu yang pelik pada satu bahagian tubuh saya. saya pun buat keputusan untuk check di klinik. saya pergi dengan mak, ayah dan anak buah kesayangan saya, Nil dan Nya. Mak saya suruh pergi Klinik yang doktor perempuan la kan. Kitorang pun pergi ke satu klinik di Taman Ria, Sungai Petani. saya masuk sorang dalam bilik tu. Biasalah, ayat yang pertama keluar dari mulut Doktor tu ialah, 'sakit apa?'. saya pun ceritakan lah hal yang sebenar, apa yang saya rasa. Doktor tersebut hanya melihat dan menyentuh sahaja. Terus beliau kata confirm saya ada penyakit xxxx. Hati mana yang tak sedih. Saya rasa terkejut, macam dunia ni dah berakhir! Ya Allah, tolonglah hambaMu ini. Doa saya dalam hati. Terus beliau tulis surat suruh saya pergi hospital dengan segera. Tanpa apa-apa rawatan yang diberikan, bayaran yang dikenakan amat mahal bagi saya.
Saya keluar dari klinik, masuk ke kereta dengan tangisan teresak-esak. Mak ayah saya tanya, saya tak mampu untuk berkata-kata. saya hanya tunjukkan surat tu. Mak saya tanya saya, 'Doktor tu scan ke?. Doktor tu ada buat rawatan apa-apa ke?' Saya hanya geleng kepala. Terus mak saya kata pada saya, jangan dok nangis,. Jom kita pi Klinik pakar sakit puan pula.
Ayah saya pun bawalah saya ke Klinik di bandar Sungai Petani. Nama Klinik tu, Klinik Pakar Neong. Bila saya masuk, Doktor tu tanya kenapa menangis ni, ada masalah apa? (dengan nada suara yang amat ceria. Sungguh, saya rasa sedikit tenang. Doktor tu panggil mak saya juga masuk dalam bilik rawatan. Saya pun tunjuk surat yang saya dapat tadi. Doktor tu geleng kepala, bila saya kata saya tidak di scan. Doktor tu kata, mana boleh buat keputusan tanpa apa-apa tindakan. Doktor tu pun scan dan beliau tunjukkan sendiri pada saya. Doktor tu kata, saya tak hidap penyakit xxxx tu!. Tapi, beliau merujuk saya ke Hospital untuk tindakan lanjut kerana 'ia' perlu dibuang. Barulah hati saya sedikit lega.
Saya pun meneruskan rawatan di Hospital Sungai Petani.. Alhamdulillah, semuanya dah selesai.
Terima kasih buat doktor di Klinik Pakar Neong dan semua doktor serta jururawat yang merawat saya di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Saya dah alami benda ni, jadi saya tahu macam mana rasanya jika kita di katakan mendapat penyakit yang sebenarnya bukan kita hadapi.
p/s : Hanya berkongsi pengalaman sahaja .
18 Comments
hish mmg ada doktor yg cuai mcm ni
ReplyDeleteterima kasih sudi sharing
ReplyDeleteTulah....better pergi dapatkan 2nd opinionkan kalau macam tu...
ReplyDeletebetul tu, klu tak confirm jan la kata camtu, sbb kita kdg2 anggap apa yg doktor kata tu adalah betul sbb dah mang tu bidang dia kan...
ReplyDeleteas-salam..tu la kan.beri rawatan lebey kurang je tp bayaran ke main mahal.
ReplyDeletenak untung je tu bkn nak rawat pesakit.nasib baik pergi klinik ke dua kan
btl kalau leh dapatkan second opinion..lagi banyak doktor pun takpah untuk kesahihan
ReplyDeleteYa Allah.. sabor jer lah!
ReplyDeleteAs salam Ros..
ReplyDeleteK.lyn pun pernah mengalami situasi sama...zahin yg alergik pada habuk dan asap tapi diorang kata dia ada masalah hati dan buah pinggang padahal diorang dah ambik darah dia 3 kali dah...
Bila dah rujuk ke sana sini baru tau apa sakitnya..Hmm..kita faham kalau dia pun manusia biasa..tapi kita yg jadi luarbiasa bila dia tak reti nak explain dengan kata-kata yang lebih tenangkan kita..
Eh emosi pulak ek...hehehe
ish ish..da macam teknik ilmu batin doktor tu.. takde check sikit habuk boleh main teka2 je.. teruk sungguh..
ReplyDeletesennang2 jer dia kata ada penyakit ye tanpa cek dulu..
ReplyDeleteada jgk ke mcm ni? huhu.. cek la dgn teliti sikit kan..
ReplyDeletedoktor pun mmg cuai kan
ReplyDeleteitula doctor sekarang kan...dengar ape yang kita cakap...rasa sikit-sikit dah assume bukan-bukan..bukan cek betul-betul pun...banyak doctor yang takde kredibiliti dah skang ni.. >.<
ReplyDeleteermm penyakit xxx tu ape... ape punye doktor la... duit nak tp malas beno
ReplyDeleteSerious tkut sgt dpt doc mcm ni. Mintak dijauhkan. Xde buat check up tp sesuka hati je ckp itu ini. Specialist pun buat check up.
ReplyDeletekdg2 ade dr buat keje smbil lewa
ReplyDeleteish..bahaya la
ReplyDeleteSalam.. boleh share x klinik mana? takut terkena juga..emel pd najwa_jamil@yahoo.com
ReplyDelete