Selamat pagi semuanya. Apa khabar hari ni? Moga anda semua sihat-sihat sahaja ye. Hari ni hari Isnin. Kepada yang bekerja, kerja dengan semangat hari ni ye. Kan dah bercuti 2 hari. Jangan nak bermonday blues sangat ok. hihi. Ni pesanan buat diri saya jugak. 

Ok, sejak beberapa hari ni saya tak aktif berblog. Tak updated entry, tak blogwalking. Kalau blogwalking pun, saya jadi silent reader. Tak tinggal sebarang jejak dan komen. huhu... Ini semua bersebab. 

Memang agak busy sikit last week. Ditambah pula dengan sakit belakang. Tak tahu kenapa. Saya kena sakit belakang hari Selasa lepas. Nak angkat tangan pun sakit, apatah lagi nak toleh belakang ke apa ke. Jauh sekali nak angkat barang. Saya kena hari selasa sampai khamis. Sakit sangat. Hari rabu, suami tolong sapukan minyak. Alhamdulillah, hari Jumaat dah lega. Pastu, hari sabtu sakit balik semula. Emmmm. berulang lagi. Then, mintak suami urutkan. Alhamdulillah, sekarang dah ok. 

Puncanya masih belum dikenalpasti. Adakah salah makan?...  Salah tidur? Angkat barang yang berat ke?.. 


Jap, nak fikirkan. hihi...