Selamat pagi kawan-kawanku sayang.. Apa khabar pagi ni?.. Moga semuanya berada dalam keadaan yang sihat.. Alhamdulillah, kita masih bernafas di Bumi Allah..
Ok, entry kali ni just nak share dengan kawan-kawan.. Pernah tak angda menyesal dengan apa yang pernah anda lakukan sebelum ni.. Tak kisahlah dari segi apa pun.. Kehidupan peribadi, kerjaya, hubungan (berkeluarga, persahabatan, antara boss dan staf, jiran tetangga dll)....
Secara jujurnya saya bukan jenis yang akan menyesal terhadap sesuatu perkara. Maksudnya, andai itu pilihan saya, saya tetap akan harunginya. Tak nak rasa menyesal terhadap pilihan yang dah saya buat.. Contohnya, 12 tahun dahulu.. Ecewah..mengimbas kenangan sat ye.. Masa saya tingkatan satu, dapat offer pi MRSM Terendak, Melaka. saya pergi hanya tempoh seminggu,.. Habis orentasi, call mak nak balik. Cuba bayangkan mak ayah kat Kedah, suka suka hati saya je call suruh datang.. Jauh tu.. Kisah selanjutnya boleh baca kat entry ni :
Tapi, memang saya tak sesali akan tindakan saya tu. Kalau saya teruskan pembelajaran di sana, saya tak akan jadi saya yang hari ni.. Alhamdulillah, dengan apa yang saya kecapi hari ni...
*****************
Ok, tu dalam hal peribadi kan. Kalau dalam hal perhubungan macam mana?..
Emm,susah nak cakap.. Kadang kala kita rasa apa yang kita buat tu betul, rupanya ia salah! Seringkali terhanyut.. Terikut dengan keadaan emosi, dan bila beremosi, ada pula yang hadir menambah garam, serbuk perasa dll.. Membuatkan keadaan kembali keruh. Namun semuanya dah berlalu.. Tak guna menyesalkan orang kata. Tapi, memang rasa menyesal.. Tak hargai apa yang ada di depan mata. Tatkala mereka di depan mata, kita tak nampak kan?..Bila dah menjauh baru terasa yang kita dah lakukan kesalahan.. .... Kita sangka yang baru tu lah sejati, dan terus melupakan yang ada di sisi. Sebenarnya, yang baru hanya datang menyinggah dan berlalu, dalam masa yang sama kita dah pun kehilangan yang lama..
Pesanan ikhlas buat anda, hargailah mereka yang di sisi anda, dalam keadaan suka dan duka.. Jangan terhanyut dengan yang hadir tatkala suka, dan lari di kala duka...
hihihi.. bermadah sekali sekala,tak apa kan :)
Ok, kat sini saya nak tuju lagu buat anda,.. Hargailah sahabat anda.. Ecewah, ayat.. Lagu Sahabat dari Najwa Latif.. Kalau nak nyanyi,tengok lirik kat entry ni ye : SAHABAT- najwa latif
*********
Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
***************
p/s : Tajuk entry tak ada kena mengena dengan isi?.. Apakah...
7 Comments
apa yang kita pilih itu bermakna kita dah sanggup harungi perkara tu... Farah sama macam Ros... tak pernah menyesal dengan pilihan yang telah dibuat...kerana Farah percaya setiap yang berlaku tu adalah dengan izin dan kehendak Allah...Kun Fa Ya Kun... Percaya kepada Qada' dan Qadar...Kadang2 kita memang x sanggup dan x nak menerima sesuatu perkara tu...Tapi andai itu yang tersurat dan tersirat?
ReplyDeleteSaya pernah salah pilih memilih yang hadir di kala saya gembira dan membuang yang hadir di kala saya berduka. Last2, sampai sekarang saya masih terumbang ambing sendirian.
ReplyDeletesering jugak menyesal dengan tindakan yg dibuat.
ReplyDeletecontoh:- tak makan sayur, sebab tu kurang darah. hehe.
nyesalnye tak makan sayur banyak2 masa lunch tadi, kalau tidak mesti takkan dapat anemia...
selalu jugaklah nyesal...
bile baju tajuk.. ni mesti ros pergi makan rojak.. rupenye salah.. ciss. tertipu..
ReplyDelete@Farah Waheda Wahidmemanag betul. kadang rasa tak sanggup nak harungi... tapi, nak buat macam mana kan. hidup perlu diteruskan, dan kita perlu juga bersedia dengan apa sahaja kemungkinan. :)
ReplyDeleteSebenarnya apa pun pilihan kite tuh yg tlah ditentukan oleh Allah...so bile kte dh wat kptsn tuh kne harungi dgn sbr
ReplyDeletesetuju dear.. jgn sesalkan apa yg dah kita harungi dan ada skrg.. smuanya dah ditentukan Allah...
ReplyDelete