Monday, July 15, 2013

MENU BERBUKA 6 RAMADHAN : AIR TANGAN SENDIRI




Memang saya dah niat nak masak semua lauk pauk untuk berbuka. Tak nak beli kali ni.. Hihi. Memang saya dah "siang" siap-siap ikan dan udang malam tadi. Cadangnya nak masak asam pedas ikan parang, sambal tumis udang petai dan ikan goreng. Punyalah excited siang tadi.  Tapi kan, niat saya hampir berkubur tadi. Cewahhh ayat.. Yela, petang tadi saya balik kerja lambat. Selalunya 5.30 petang dah sampai rumah. Tapi, petang tadi saya balik naik teksi. Pukul 6.15 baru sampai rumah.. Saya pun apalagi. Terus menjalankan tugas sebagai Masterchef. Hahaha. Ala-ala sajian pantas la kalau dalam rancangan Masterchef tu kan. 
Alhamdulillah.. Sempat jugak saya masak. Ada 3 lauk kesemuanya. Masa saya dok masak tu kan, suami saya hantar msg. Beliau kat tempat kerja lagi. Beliau tanya betul k ke nak masak, atau nak beli je. Sepantas kilat saya reply msg tu. "betul, nak masak".. hihihi.. Betul la, kalau kita dah nekad nak masak, kita mesti buat kan. hikhik.. 



Alhamdulillah. Masakan saya secukup rasa. Walaupun berpuasa, rasa dia ok jugak. Masa dok tengah makan tu kan, suami saya sempat cakap pada saya. "Terror juga ek agak garam, walaupun puasa"... Betul tau, saya cukup takut kalau masin ke, pedas ke.. Nasib baik ok :-)

Ok, kawan-kawan.. Esok saya akan share resepi masakan saya ni. Bukan ape, boleh jadi rujukan saya sendiri jugak nanti ...

1) Asam pedas Ikan Parang.
2) Sambal Tumis Udang Petai.
3) Ikan Goreng.


p/s : Ada cerita disebalik ikan parang yang saya beli tu. Sebenarnya nak beli ikan tenggiri. Tapi dah tersalah beli. hahahha. Kena banyak belajar lagi mengenal jenis-jenis ikan .






12 comments:

  1. wahh boleh masuk masterchef ni.. hihi..

    niat ros nak masak utk suami.. dengan izin Allah dipermudahkan kan..

    Salam Ramadhan Ros.. br sempat jenguk sini.. ;)

    ReplyDelete
  2. Macam sedap jer.. Teringin..

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaaa.. sedapnya.. macam masakan mak, rindu nak balik kg.. sob sob..
    coke ramadhan satu..

    ReplyDelete
  4. kita serupa, memang fail bab2 ikan ni..hehe..kalau gi pasar, mesti tnya dulu pakcik tu nama ikan tu pastu baru beli....sekarang baru sibuk nak kenal2 dengan ikan ni....

    ReplyDelete
  5. haaaa nnt share yer resepi asam pedas tu... x pernah g masak asam pedas seumur idup ni hu3

    ReplyDelete
  6. sy dh lama xmkn asam pedas...sedap pulak tgk

    ReplyDelete
  7. anis nak blaja masak asam pedas ikan parang! anis tgu menu tu tau :)

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadhan jugak..wah rajin betul masak..ok la tue tak dak membazir beli makanan kat bazar ramadhan..kdg tue kita masak lagi sedap kan.. ;p

    ReplyDelete
  9. rajinnya..bagus2..mesti suami bertambah sayangkan

    ReplyDelete
  10. setakat ni alhamdulillah yana akan cuba masak daripada beli... sedap taksedap belakang citer. hehehe

    ReplyDelete
  11. pandai ros masak.. bia kurang garam.. boleh tambah.. jgn terlebih da la..

    ReplyDelete
  12. sambal udang petai tu deqla suka.. ok la nnti nk buat.. mmg terliur pun.. tp tgu la hari cuti baru dan nk masak.. in shaa Allah nnti deqla buat, deqla share kat blog pulak eh.. hihi..

    ReplyDelete